Friday, June 16, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-11 (Sesi Petang)

Tarikh    : 12 Jun hingga 16 Jun 2023

Hari        : Isnin hingga Jumaat
Kumpulan Bertugas : Kumpulan E

Guru Bertugas :
1. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2. Nor Arzah binti Hussin
3. Aizil Hasyimi bin Abd Rahman
4. Nor Azian binti Ahmad
5. Shurhama binti Ahmad
6. Suziana binti Mohd Makhtar
7. Maizara binti Mahat
8. Hastipa binti Mat Daud
9. Suphasara Supranie a/p Airak
10. Zalina binti Ismail


Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani. Minggu ini merupakan minggu yang ke-11 sesi persekolahan 2023/2024. Semua warga SKTPP dan murid-murid hadir penuh dan bersemangat ke sekolah. 

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana sebelum perhimpunan dimulakan. Majlis perhimpunan rasmi mingguan dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.




Laporan guru bertugas pada minggu lepas disampaikan oleh
 Ustazah Norazah Binti Mohd Ali iaitu:

1. Waktu rehat, murid makan di Kantin sahaja. 
Jika kantin tidak muat, baru makan di Dewan Putra. Dilarang makan di Dewan Perdana. Kebersihan selepas makan perlu dijaga. Kemas sisa makanan dan buang dalam tong sampah atau bekas yang telah disediakan. 
2. Pembelian jajan sewaktu balik di pagar B. 
Beberapa kali telah diingatkan dan telah mendapat teguran daripada guru besar. Jangan membeli makanan di luar ketika waktu balik dari sekolah. Ketika melintas untuk membeli makan, murid selalu tidak pandang kiri dan kanan dan dikhuatiri berlaku kemalangan. Sampah juga tidak dibuang ke dalam tong sampah setepah selesai makan. Harap tidak berulang lagi.




Seterusnya, Puan Guru Besar turut menyampaikan berita gembira kepada murid-murid tentang kebenaran pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah seperti Pendidikan Jasmani dan latihan sukan / koku. Puan Guru Besar mengingatkan murid-murid agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, menjaga diri dan sentiasa minum air untuk kekal hidrasi. Murid-murid kelihatan sangat gembira dengan berita tersebut setelah sekian lama tidak dapat melakukan aktiviti luar bilik darjah akibat cuaca panas. 


Pada hari Selasa telah berlangsungnya Kursus Pemimpin Muda (Taklimat Bidang Tugas) kepada murid-murid yang terlibat dan juga Ziarah Cakna Siri 3 - Misi 1.




Pada hari Jumaat, sebelum murid memulakan pdpc, murid telah disajikan dengan demo Taekwondo  oleh Koryo Team.


Secara keseluruhannya, minggu persekolahan ke-11 ditutup dengan lancar tanpa sebarang masalah besar atau kemalangan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang pada minggu ini. 


Laporan disediakan oleh :

Suphasara Supranie a/p Airak
Guru Bertugas Kumpulan E

No comments:

Post a Comment