Saturday, June 10, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-10 (Sesi Pagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Guru bertugas : Kumpulan D
Tarikh : 6 Jun 2023 hingga 10 Jun 2023


Senarai Guru Bertugas Kumpulan D:
1. Pn. Zailezah binti Sardi (K)
2. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
3. Pn. Norlida binti Othman
4. Pn. Arjunawati binti Ahmad Nuze
5. Pn. Norfauziaton binti Ali Mohamed
6. En. Srimahathevan a/l Vadivelu
7. Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji
8. Pn. Norazian binti Anuar
9. Pn. Nurzainon binti Mohd Razalli
10. Pn. Nor Hanim binti Ismail
11. Pn. Umi Nazrah binti Saharoni
12. Pn. Nor Azura binti Mustafa

Minggu ini sekolah baru dibuka selepas cuti sekolah Penggal 1 dan cuti Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Semua murid mulai hadir ke sekolah seperti biasa pada 6 Jun 2023. Berikut adalah keadaan murid ketika datang sekolah dan semasa pulang melalui pagar A dan pagar B. Suasana murid ketika rehat ketika berada di kantin dan selepas habis waktu rehat.

Ketibaan murid di pagar A dan B

Suasana ketika murid pulang 

Suasana ketika waktu rehat

Aktiviti kokurikulum masih belum dapat dijalankan secara bersemuka. Namun begitu aktiviti Kokurikulum diteruskan melalui dalam talian. Hebahan telah dibuat melalui talian whatsapp atau telegram mengikut kelas. Guru penasihat membuat pelbagai aktiviti yang sesuai melalui talian telegram kelab atau persatuan.

Hebahan Kokurikulum

Mesyuarat AJK Pelaksana Majlis Perasmian Musalla Raudatul Ilmi dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-19 tahun 2023 telah dijalankan pada 7 Jun 2023 di Terminal Muafakat SKTPP pada pukul 12.30 tengah hari.

Mesyuarat di Terminal Muafakat

Satu perbincangan telah diadakan antara pihak sekolah dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 8 Jun 2023. Pihak UPM telah merancang untuk menjalankan projek Komuniti Security Awareness bersama murid-murid di sekolah ini.


Perbincangan antara pihak sekolah dan UPM




Mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 telah diadakan pada 10 Jun 2023


Alhamdulillah, sepanjang minggu ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti murid berjalan dengan lancar. Disiplin murid terkawal dengan baik dan kebersihan sangat memuaskan. 

Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas bagi memastikan minggu persekolahan ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh :
Nurzainon binti Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment