Monday, June 12, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-11 (Sesi Pagi)

Tarikh : 12 - 16 Jun 2023

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Tema Pakaian : Unit Beruniform

Kumpulan Guru Bertugas : Kumpulan E


Nama Guru Bertugas Kumpulan E:

1. Hanifah Binti Ramlee 

2. Mawaddah Binti Kamarulzaman

3. Syahirah Binti Tumar

4. Norliza binti Ali@Yasim

5. Nur Zakiah Binti Md Diat

6. Nur Hayati Binti Mohamed Nor

7. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

8. Zairuddin Bin Mohamad Kelsom 

9. Julaili Binti Onian

10. Noriza Binti Md Nor



Perhimpunan pada kali ini dapat dilaksanakan di dewan seperti sebelum ini selepas sekian lama aktiviti perhimpunan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan cuaca panas yang agak membimbangkan. Alhamdulillah perhimpunan pagi Isnin minggu ke-11 dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Walaupun sudah berminggu-minggu semua murid dan guru tidak berkumpul di dewan sekolah untuk perhimpunan pagi. Namun, semua murid telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti perhimpunan berlangsung seperti menyanyikan 3 buah lagu, menyatakan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya serta Ikrar murid dengan penuh yakin dan penuh bersemangat.

Selesai nyanyian tiga buah lagu dan bacaan ikrar, guru bertugas pada minggu ini iaitu Ustaz Zairuddin  menyampaikan ucapan yang  bertemakan ikhlas. Dalam Slot Ucapan ini Ustaz Zairuddin telah menegur murid berkaitan dengan kehadiran pagi hadir ke sekolah yang mana terdapat murid-murid yang masih lewat hadir ke sekolah pada pukul jam 8.00 pagi. Murid diingatkan supaya sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu atau melakukan sesuatu perkara agar lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Murid-murid juga diminta mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk turunkan murid di pagar B bagi yang menaiki kenderaan. Kemudian, murid juga perlu sentiasa memastikan meja makan di kantin dalam keadaan yang kemas dan bersih selepas selesai makan sewaktu rehat. Guru bertugas berharap murid-murid dapat mengambil perhatian dan cakna dengan segala peringatan dan teguran yang disampaikan oleh Ustaz Zairuddin. Sebelum guru bertugas mengakhiri ucapan , murid-murid diminta mencatat perkataan-perkataan lawad yang akan disebut oleh Ustaz Zairuddin berserta maknanya.

 Terdapat tiga perkataan lawad daripada bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab:

1- keras kepala

2. Collapse 

3. فنجان


Seterusnya perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Program 3S (Senyum, Salam dan Sapa):





Gambar-gambar sepanjang minggu ke-11 :












Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment