Friday, June 23, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-12 (Sesi Pagi)

Tarikh : 19 Jun hingga 23 Jun 2023 

Hari : Isnin - Jumaat

Kumpulan Bertugas : Kumpulan F

1.       Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin (K)

2.       Norbaizura binti Nordin (P)

3.       Noorayuni binti Ab. Fatah

4.       Mas Ayu binti Arifin

5.       Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

6.       Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

7.       Noor Hayati binti Yusof

8.       Mohd Rusydan bin Ismail

9.       Nurliza binti Ab Rahman

10.    Azlina binti Mat Isa

11.   Azwane binti Adnan

          
    Bersua kembali pada entri kali ini. Minggu ini merupakan minggu bertugas bagi kumpulan F. 

     Guru-guru bersemangat untuk menjalankan tugas begitu juga murid-murid berkobar-kobar untuk ke sekolah.




    Permulaan minggu ini dimulakan dengan majlis perhimpunan mingguan. Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Perdana bagi memulakan majlis perhimpunan.


     Laporan guru bertugas pada minggu lepas :

    1. Sebelum meninggalkan kelas, pastikan lampu, kipas ditutup terlebih dahulu. Kerusi dan meja disusun dengan kemas, beratur untuk ke bilik-bilik khas atau keluar untuk subjek Pendikan Jasmani.
    2. Murid-murid tidak dibenarkan mencarut atau mengucapkan kata-kata tidak sopan ketika bercakap dengan kawan dan ketika bermain bola semasa PJK.
    3. Teruskan budaya 3S semasa hadir ke sekolah.
    4. Berhati--hati ketika melintas jalan semasa waktu datang dan balik kerana banyak kenderaan.
    5. Tidak membeli makanan ringan yang dijual di luar kawasan sekolah.

            Pada hari Rabu bertarikh 21 Jun 2023 telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak U12 di padang SK Taman Putra Perdana. Sebanyak 4 pasukan yang menyertai perlawanan tersebut.



            Minggu ke-12 melabuhkan tirainya.Terima kasih kepada semua warga sekolah dalam menjayakan program sepanjang minggu ini. Mudah-mudahan jumpa lagi di lain entri.

Laporan disediakan oleh :
Mas Ayu binti Arifin

No comments:

Post a Comment