Tuesday, June 27, 2023

Program Mentor Mentee Siri 3/2023

Alhamdulillah, pada hari ini Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Mentor Mentee merupakan aktiviti rasmi sekolah di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Kerjasama yang sangat baik oleh pentadbir, semua mentor dan mentee dalam Program Mentor Mentee ini menambahkan lagi kelancaran dan keberkesanan program. Semoga semua mentee dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dan sentuhan daripada mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka. 

Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 3/2023:
Tarikh: 27.6.2023
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi / 1.30 petang  - 2.00 petang
Sasaran: Semua murid 
Tempat: Kelas murid masing-masing atau kawasan yang sesuai

Sesi Pagi:
Prasekolah:
Tajuk : Keluargaku Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah
2) Menanam sikap sukakan kebersihan

Tahun 4 :
Tajuk : Sekolahku
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah
2) Menanam sikap sukakan kebersihan

Tahun 5 : 
Tajuk : Keluargaku Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga
2) Meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga
3) Melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan

Tahun 6:
Tajuk: Masih Ada Yang Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Menyedari kepentingan kehadiran ahli keluarga dalam kehidupan mereka
2) Memupuk rasa kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga

Sesi Petang:
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Prasekolah:
Tajuk : Aku Cantik & Kemas
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1)Menyedari tanggungjawab mengurus diri
2) Mengurus diri tanpa bantuan orang lain
3) Mengenalpasati kemahiran asas penjagaan diri

Berikut merupakan video dan gambar-gambar aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamkan:
*Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang turut membantu kolajkan gambar-gambar aktiviti Mentor Mentee

Gambar & Video Aktiviti Mentor Mentee Sesi Pagi:

 












Gambar Aktiviti Mentor Mentee Sesi petang:














No comments:

Post a Comment