Tuesday, June 13, 2023

Kursus Pemimpin Muda 2023

Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimpin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru. Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas, pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinannya dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

Objektif:

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya meeka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Tujuan program:

  • Persediaan fizikal, mental dan emosi perlu diberikan kepada barisan pemimpin ini, supaya sentiasa bersedia dalam memimpin diri dan organisasi ke arah kebaikan sekolah.
  • Sikap yang baik dan disiplin diri perlu ditunjukkan oleh para pemimpin yang dipilih ini kerana ia penting ke arah kecemerlangan tugas mereka.
  • Dapat membantu mewujudkan semangat berpasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan tugas membantu guru-guru mengawal disiplin murid-murid.

 

 









Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar terhadap barisan pemimpin yang terpilih ini, seterusnya lebih fokus untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

No comments:

Post a Comment