Wednesday, October 4, 2023

Bakti Disanjung Budi Dijunjung Sempena Persaraan Puan Julaili Binti Onian

Tarikh   : 4 Oktober 2023

Hari      : Rabu

Masa    : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana SKTPP


Pada 4 oktober 2023 (Rabu) telah diadakan Majlis  Persaraan Guru bagi meraikan guru yang bersara pada tahun ini iaitu cikgu Julaili Binti Onian setelah mencurah khidmat bakti dan sumbangan sebagai pendidik di SKTPP  selama lebih kurang 19 tahun di sini sejak I Januari 2004 lagi. Majlis Persaraan Puan Julaili  Binti Onian ini disambut bagi menghargai sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini.

Semoga majlis ini menjadi satu pengalaman dan kenangan terindah buat Cikgu Julaili sepanjang berkhidmat sebagai pendidik serta menjadi suatu perkara yang indah untuk dikenang dan diceritakan kepada anak-anak dan cucu nanti. Majlis ini merupakan hari yang istimewa bagi guru yang akan bersara kerana ia merupakan salah satu acara untuk meraikan guru yang bersara agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa oleh semua warga sekolah.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,

Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,

Berdoalah agar aman dan Sentosa,

Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik Bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun yang tersirat telah pun tersurat. Kami warga SKTPP mengucapkan terima kasih kepada Puan Julaili binti Onian atas segala jasa dan budi yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di SK Taman Putra Perdana ini. Mohon maaf atas segala kesalahan kami, mohon dihalalkan makan dan minum kami. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Berikut gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung :


Atur Cara Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung


Ketibaan Puan Julaili disambut oleh semua pentadbir, mantan YDP PIBG serta semua guru SK Taman Putra Perdana 


Persembahan Tarian 



Perarakan ke dewan disambut dengan paluan kumpulan kompang murid-murid SKTPP


Guru yang diraikan Puan Julaili Binti Onian


Pengacara majlis yang cantik lagi manis



Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazaman Bin Abdullah


No comments:

Post a Comment