Monday, October 16, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-28 (Sesi Pagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Guru bertugas : Kumpulan D

Tarikh : 16 Oktober 2023 - 20 Oktober 2023

 

Senarai Guru Bertugas Kumpulan D:

1. Pn. Zailezah binti Sardi (K)

2. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

3. Pn. Norlida binti Othman

4. Pn. Arjunawati binti Ahmad Nuze

5. Pn. Norfauziaton binti Ali Mohamed

6. En. Srimahathevan a/l Vadivelu

7. Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji

8. Pn. Norazian binti Anuar

9. Pn. Nurzainon binti Mohd Razalli

10. Pn. Nor Hanim binti Ismail

11. Pn. Umi Nazrah binti Saharoni

12. Pn. Nor Azura binti Mustafa


Perhimpunan Rasmi  –  16 Oktober 2023 (Isnin)

1) Nyanyian Lagu 

Pengacara majlis bertugas iaitu Nur Adriana Qaisara binti Mohd Hafizi daripada kelas 6 Oppo telah mengendalikan perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Seterusnya, guru dan murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Nyanyian lagu-lagu ini dipimpin oleh konduktor muzik, Orked Amani binti Mohd Radzuan daripada kelas 6 Oppo. 

2) Bacaan Doa

Setelah selesai nyanyian lagu, perhimpunan diteruskan lagi dengan sesi bacaan doa. Bacaan doa ini telah dipimpin oleh Aqil Iqram bin Ahmad Shafaizal juga daripada kelas 6 Sony. 

 3) Bacaan Ikrar

Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya telah dipimpin oleh Cikgu Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin.  Manakala, ikrar murid pula telah dipimpin oleh Andrea Ezzahiera binti Afizul Izham daripada kelas 6 Vivo.

4) Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar telah menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas. Antara pesanan yang turut disampaikan dalam laporan tersebut ialah: 

  • Murid-murid perlu menjaga kebersihan di dalam kelas dengan menyapu sampah, membuang sampah serta menyusun meja sblm kelas mula pukul 7.30 pagi.
  • Murid diminta untuk tidak menjerit dan membuat bising semasa naik ke kelas waktu pagi dan waktu rehat.
  • Mohon murid-murid untuk tidak tidur dalam perhimpunan rasmi dan majlis rasmi sekolah. Dalam masa yang sama, terdapat ramai murid yang tidak membawa buku tulis dan tidak menulis perkataan lawad terutama murid-murid tahun 6.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak buang sampah dan meninggalkan sisa makanan di dalam meja. Murid diminta untuk memastikan membawa balik bekas makanan dan botol air. Jangan di tinggalkan di dalam kelas.
  • Mohon murid-murid untuk membawa alat tulis yang lengkap ke sekolah. Elakkan dari sikap yang suka meminjam alat tulis dari kawan.
  • Murid-murid juga diminta untuk menjaga kebersihan diri iaitu dengan memastikan kuku sentiasa dalam keadaan yeng pendek, rambut sentiasa pendek kemas dan rapi. Bagi murid Perempuan yang berambut Panjang dikehendaki mengikat rambut supaya berada dalam keadaan yang sentiasa kemas dan rapi.  Bagi murid yang memakai tudung, pastikan tudung sentiasa bersih dan kemas.
  • Murid-murid dikehendaki memakai stokin dengan kemas dan betul. 

5) Ucapan Guru Bertugas

Perhimpunan rasmi diteruskan lagi dengan ucapan daripada guru bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin.

Tema ucapan yang disampaikan adalah 'Malaysia Negaraku Tercinta':

Murid-murid hendaklah sentiasa mempunyai semangat cintakan tanah air iaitu Negara Malaysia. Antara bukti ataupun cara untuk menunjukkan cintakan negara adalah dengan:

  • Menghormati nyanyian lagu Negaraku dengan berdiri tegak, nyanyian penuh semangat dan tidak bergurau senda.
  • Mengenali Jalur Gemilang dengan mengetahui rupa serta maksud setiap warna yang terdapat dalam bendera Malaysia.

6) Perkongsian perkataan LAWAD. 

•            Bahasa Melayu: Terowong (laluan bawah tanah)

•            Bahasa Inggeris: Cautiously  (berhati-hati)

•            Bahasa Arab: Thamatun (cincin)

8)  Ucapan Penolong Kanan PPKI 

En. Asrulafandi bin Ismail mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menyertai Program Perkhemahan yang telah diadakan di peringkat sekolah pada 14 Oktober 2023 yang lalu. Dalam masa yang sama, di dapati terdapat banyak plastic makanan serta bekas makanan di dalam longkang dan dibiarkan di atas meja kantin. Murid-murid dikehendaki membuang sampah di dalam tong sampah yang telah sediakan di kawasan kantin sekolah. Dimaklumkan juga kepada murid bahawa pada minggu ini akan di adakan pertadingan bola antara sekolah anjuran AADK. Oleh itu, murid-murid dikendaki menjaga adab dan nama baik sekolah sepanjang pertandingan itu berlangsung.

9) Penyampaian Hadiah - Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak Malaysia

Lencana Wajib - Menunggang Basikal bagi Unit Beruniform Pengakap Kanak-Kanak Malaysia bagi ahli Pengakap yang telah lulus ujian.  Murid-murid ini menjalani Ujian Lencana Wajib - Menunggang Basikal secara online dalam masa seminggu dan menjalani bahagian praktikal di Dewan BBST bertarikh 12/10/2023 (Khamis).

10) Penyampaian Hadiah - Persatuan Puteri Islam Malaysia

Pertandingan E Kuiz Al Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 di anjurkan oleh PPIM Perhubungan Negeri Selangor dengan kerjasama JPN Negeri Selangor dan dikelolakan oleh PPIM Perhubungan Daerah Kuala Selangor. 

Perserta

  • Afaf Madihah binti Mohammad Tarmizi (6 Sony) - Pencapaian : Johan
  • Nur Syaza Iwani binti Sa'ari (6 Samsung) - Pencapaian : Johan

Berikut dikongsikan suasana persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu bertugas guru-guru Kumpulan D:

No comments:

Post a Comment