Wednesday, November 8, 2023

Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana 2023 (Sesi Pagi)

Kanak-kanak merupakan anugerah paling berharga buat kita. Mereka juga ialah generasi yang bakal menerajui dunia pada masa hadapan. Setiap tahun sebagai seorang kanak-kanak akan diraikan dalam majlis dan meriah dan ceria. 

Tema  Hari Kanak-kanak pada tahun ini ialah "Memperkasakan Kanak-kanak, Membina  Masa Depan  Yang Lebih Baik". Tema ini bertujuan untuk menekankan kepentingan menyediakan kanak-kanak dengan sumber yang diperlukan untuk mencapai potensi mereka. Ini menekankan keperluan untuk kanak-kanak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan menjadi anggota masyarakat yang produktif dan bertanggungjawab.

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah SK Taman Putra Perdana telah membuka tirai seperti  ketetapan berikut:



  Hari    : Selasa

 Tarikh : 8 November 2023

 Masa    : 7.30 pagi

 Tempat : Dewan Perdana SK                              Taman Putra Perdana

Acara bermula dengan perarakan masuk tetamu kehormat dan para pentadbir ke Dewan Perdana. Perarakan ini mendapat tepukan gemuruh oleh warga SKTPP.


Selesai bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif, majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid oleh Adik  Putri Azwa Safrina  binti Adam Telso. Adik Putri mengucapkan "Selamat Hari Kanak-Kanak" kepada semua murid SKTPP.

Seterusnya Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md Arshad, YDP PIBG dalam ucapannya meluahkan rasa  gembira melihat riak wajah murid-murid SKTPP yang sangat ceria dan teruja untuk menyambut Hari Kanak-kanak.

Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak dengan menitipkan pesan kepada murid SKTPP supaya sentiasa menjaga diri dan terus mengekalkan kecemerlangan semasa berada di SKTPP. 

Mari kita saksikan gambar-gambar yang menarik yang sempat dirakam sepanjang perjalanan Sambutan Hari Kanak-kanak sesi pagi pada tahun ini.

Cik Roslinda dan Puan Noorhayati selaku pengacara majlis.

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Ucapan wakil murid oleh Putri Azwa Safrina binti Adam Telso.

Ucapan aluan oleh Tuan Haji Megat Md Saleh (YDP PIBG)

Ucapan perasmian oleh Bonda Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)


Perarakan masuk Tokoh Kanak-Kanak

Afaf Mardihah binti Mohamad Tarmizi dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2023

Pasukan kompang SKTPP

Muhammad Najmuddin bin Mohd Nizam dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-kanak Aliran PPKI

Dayang-dayang pembawa dulang 

Persembahan gimik : Senam Tari

Persembahan murid Tahun 6

Persembahan Kalam Arabi dan Chorus Speaking


Tokoh Kanak-Kanak 2023 (Sesi Pagi)

Nama : Afaf Madihah binti Mohd Tarmizi (6 Sony)
Tarikh lahir : 19 Disember 2011
Tempat Lahir : Sabah
Hobi   : Membaca
Cita-cita : Guru

Jawatan    :
1. Ketua Pengawas Pusat Sumber 2023
2. Setiausaha (PPIM)
3. Naib Pengerusi Bola Baling
4. Penolong Setiausaha (Sains & Teknologi)

Penglibatan dalam Aktiviti/Program Sekolah:

Negeri :
1. Pertandingan E-Kuiz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2023
    September 2023
    Pencapaian :Johan
2. Hari Puteri PPIM 2023 Peringkat Negeri Selangor 2023
    Tarikh : 22 Julai 2023
    Pencapaian : Naib Johan Pertandingan Buku Skrap
3. Program Job Week PPIM Peringkat Negeri Selangor 2023
    1 Jun 2023 - 31 Julai 2023
4. Hari Puteri PPIM Peringkat Daerah Sepang
    Pencapaian : Johan Pertandingan Buku Skrap

Daerah :

1. Majlis Khatam Al-Quran Program Ihya Ramadan PPIM Daerah Sepang.

Sekolah:

1. Pertandingan Mewarna Solidariti Palestin 2023 - peserta
2. Kem Bestari Solat SKTPP - Fasilitator
3. Kursus Pemimpin Muda 2023- Ketua Pengawas Pusat Sumber
4. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2022 - Gangsa
5. Perbarisan Rumah Kasturi 2022 - Johan
6. Pertandingan Kawad Kaki PPIM 2022 -  Tempat ke-4
7. Pertandingan Tulisan Berangkai 2022 - Tempat ke-2
8. Kursus Pemimpin Muda 2022

Penglibatan dalam Aktiviti/Program Sekolah:

1. Pertandingan Hafazan Peringkat Zon - Penyertaan
2. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Putra Perdana 2023-Peserta
3. Seminar PSRA 2023 - Peserta
4. Pertandingan Hafazan Peringkat Zon 2023 - Penyertaan
5. Pertandingan Menghias Cawan 2023 - Penyertaan
6. Seminar UPKK 2022

Tokoh Kanak-Kanak 2023 (PPKI)

Nama  : Muhammad Najmuddin bin Mohd Nizam
Tarikh lahir       : 2 Jun 2011
Tempat Lahir    : Kuala Lumpur
Hobi                     : Membaca dan Melukis

Penglibatan dalam Aktiviti/Program Sekolah:

1. Pertandingan Selangor IT Challenge for Youth with Disabilities (SITC)
2. Penglibatan aktif dalam Korobori Pengakap Tanjung Karang Peringkat Negeri Selangor 2022
3. Naib Johan Pertandingan e-Mahabah Pendidikan Khas Daerah Sepang 2022 kategori e-hafazan
4. Johan Pertandingan District IT Challenge for Youth with Disabilities (DITC) 2022
5. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Sepang Tahun 2022 dan 2023
6.Tempat Ketiga Pertandingan Gubahan Sirih Junjung e-Kokurikulum Pendidikan Khas Daerah Sepang  2023.
7. Menyertai Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Anjuran Bahagian Bahagian Sumber &Teknologi Pendidikan.
8. Menyertai Pertandingan Drone Edu Challenge IR 4.0 Kali ke-4 Peringkat Kebangsaan.

Sambutan Hari Kanak-Kanak melabuhkan tirai untuk tahun 2023. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Penyelaras Program, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kanak-Kanak, pihak pentadbir dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga majlis ini memberi seribu kenangan manis buat anak-anak didik, khususnya murid Tahap 1. Moga kita bersua lagi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment