Friday, November 10, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-31 (Sesi Petang)

Tarikh :  6 November 2023 hingga 10 November 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan A

Senarai Guru Bertugas :

1. Nor Amirulfitri bin Othman

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Mohammad Fuzi

1. Perhimpunan rasmi hari isnin dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya dan ikrar sekolah. Pengerusi majlis pada hari ini ialan Puan Norazmira binti Kadirun.


2. Laporan Bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Puan Norhidayu binti Sadri. Antara intipati laporan ialah teguran tentang adab murid ketika berada di surau, jangan bising dan bermain ketika orang lain sedang solat. Selain itu, beliau juga berpesan supaya ketika hujan jangan lalu di lopak air kerana akan mengotorkan baju dan berbahaya kepada murid. 


3. Tema ucapan hari ini ialah Awas Bahan Terlarang.

4. Perkataan Lawad :-

        Bahasa Melayu  : Berganding Bahu = Bekerjasama
        Bahasa Inggeris : Travel = Mengembara
        Bahasa Arab       : Yamiinun = Kanan

5. Perhimpunan mingguan ditangguhkan pada jam 1.30 petang dan penyuraian murid secara berperingkat mengikut tahun 1, 2 dan 3.

Berikut adalah serba sedikit coretan dan rangkuman perjalanan aktiviti sepanjang minggu ini.
 
 7 November 2023 - 8 November 2023

  • Sambutan Karnival Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak SKTPP 2023


 Antara aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur




Persembahan menarik daripada murid-murid tahap 1

            
Penyampaian hadiah kepada tokoh murid tahap 1

Sekian terima kasih

Disediakan Oleh,
Farhana binti Mohammad Fuzi

No comments:

Post a Comment