Wednesday, January 24, 2024

Majlis Graduasi Prasekolah Kali Ke-14 & Tahun 6 Kali Ke-12 Sesi 2023/2024 "Seharum Kasih, Seindah Memori" SK Taman Putra Perdana

Assalamualaikum wbht, salam kemesraan Anak Baik Lagi Cerdik dan salam graduasi. 

"Seharum Kasih, Seindah Memori" SK Taman Putra Perdana.

Tanggal 24 Januari 2024 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh para graduasi Prasekolah dan Tahun 6 Sesi 2023/2024. Majlis graduasi ini, antara lain bertujuan meraikan murid-murid yang telah berjaya menamatkan kelas prasekolah dan juga sebagai tanda dan isyarat berakhirnya sesi persekolahan bagi murid-murid tahun enam. Diharapkan majlis keraian ini menjadi memori terindah buat semua murid yang berada dalam Kohort Telefon di SK Taman Putra Perdana. 

Objektif Majlis Graduasi:

1. Memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah kerana berjaya menamatkan pembelajarannya. 

2. Memberikan satu pengalaman dan kenangan buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah.

3. Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas.

4. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan.

5. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan PIBG. 

Kad Jemputan: 


Pautan Buku Program, sila klik di sini

Lensa kamera yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung:

























VIDEO PERSEMBAHAN:



No comments:

Post a Comment