Wednesday, January 17, 2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024 telah diadakan dengan jayanya pada;
 
Tarikh: 17 Januari 2023
Masa: 7.30 pagi – 12.20 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana



Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024 diadakan bagi meraikan murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Ia juga merupakan satu tanda penghargaan pihak sekolah kepada murid-murid tersebut. Penghargaan juga harus dan wajar diberikan kepada para jurulatih dan guru yang secara langsung memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian kecemerlangan pelajar dalam kokurikulum. Murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum ini telah mengharumkan nama sekolah dan secara tidak langsung telah memperkenalkan nama sekolah di mata umum. 

            Antara senarai Kategori Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum :

            1. Anugerah Penghargaan Khas- Tumas Harapan Kokurikulum
            2. Anugerah Tokoh Kokurikulum Pendidikan Khas
            3. Anugerah Tokoh Kokurikulum
            4. Anugerah Tokoh Sukan
            5. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- PPKI
            6. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Gangsa
            7. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Perak
            8. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Emas
            9. Sijil Penghargaan Jurulatih Luar
           10.Sijil Penghargaan Jurulatih dan Guru Pembimbing
           11. Pengurusan Fail Kokurikulum Terbaik 2023


Berikut disertakan senarai anugerah mengikut kategori masing-masing. Semoga kejayaan yang dicapai ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk turut sama mencurahkan bakat dan kemahiran yang ada dalam diri. Seterusnya, memperkasakan lagi unit kokurikulum sekolah.


PENERIMA ANUGERAH EMAS

PENERIMA ANUGERAH PERAK

PENERIMA ANUGERAH GANGSA



Sekitar majlis anugerah kecemerlangan Kokurikulum di SKTPP. Majlis telah dirasmikan oleh En. Norazlan Bin Ahmad Kanal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.                             





Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua penyumbang hadiah. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut. Penghargaan juga kepada barisan pentadbir sekolah, guru-guru, PIBG, mantan Guru Besar, ibu bapa dan semua murid SKTPP.


Laporan disediakan oleh,
Norbaizura binti Nordin
Nurul Nadirah binti Kamaruzaman               

No comments:

Post a Comment