Friday, February 9, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Tarikh: 5 - 9 Februari 2024 

Kumpulan Bertugas: Kumpulan F 
Senarai Guru Bertugas Kumpulan F:

1. Azwani binti Mohamed Noordin@Noordin (K)
2. Norbaizura binti Nordin (P)
3. Noorayuni binti Ab. Fatah
4. Mas Ayu binti Arifin
5. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
6. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
7. Noor Hayati binti Yusof
8. Mohd Rusydan bin Ismail
9. Nurliza binti Ab Rahman
10. Azlina binti Mat Isa
11. Azwane binti Adnan
12. Muhammad Khairul Afiq bin Jamili


Guru Bertugas Kumpulan F.


 Perhimpunan Rasmi - 5 Februari 2024 (Isnin)

Pengacara majlis bertugas iaitu Orked Amani binti Mohd Radzuan dari kelas 6 Oppo telah mengendalikan perhimpunan rasmi pada hari Isnin. 


Danish Sofea Abdullah dari kelas 6 Oppo selaku konduktor yang memimpin nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.


Bagi memberkati majlis, bacaan doa telah dipimpin oleh Harraz Khan bin Fariz Khan dari kelas 6 Sony. 


Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya telah dipimpin oleh Cikgu Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz.

Bacaan ikrar murid diketuai oleh Andrea Ezzahiera binti Afizul Izham dari kelas 6 Vivo selaku Penolong Ketua Pengawas. 


Cikgu Noriza binti Md Nor telah memberikan Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas.


Antara pesanan yang telah disampaikan oleh beliau ialah:
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menghormati majlis dan setiap program yang dijalankan di sekolah.
  • Murid hendaklah mematuhi waktu rehat dan makan pada waktu serta tempat yang telah ditetapkan
  • Murid perlu menghormati guru-guru serta kakitangan sekolah.
Ucapan Guru Bertugas oleh Cikgu Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz selaku pengacara majlis pada minggu ini. 


Tidak lengkap perhimpunan rasmi jika tidak mendengar ucapan dan nasihat daripada guru bertugas. Antara perkara yang telah disebut oleh Cikgu Fatin Huzaikka ialah:
  • Aktiviti viral cuti sekolah: Murid perlu membuat ulangkaji sekurang-kurangnya 10 minit sehari sepanjang cuti sekolah selama 4 minggu. Murid juga hendaklah selalu bersenam untuk mengisi masa lapang di rumah. Selain itu, murid juga perlu membantu ibu bapa dalam melakukan kerja rumah. 
  • Ucapan guru bertugas pada minggu ini diakhiri dengan perkongsian perkataan LAWAD: 
          Bahasa Melayu : Bagai melepaskan batuk di tangga = melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh
          Bahasa Inggeris : munch = mengunyah
          Bahasa Arab : bustani = tukang kebun 

Ucapan daripada Puan Azizah binti Mokhlas selaku Penolong Kanan Pentadbiran.


Penyampaian Sijil Pencapaian kepada Cikgu Nor Latipah binti Che Yusoff  yang telah mendapat Pencapaian Cemerlang dan Cikgu Jamunarani A/P Bhoja Rajan yang telah mendapat Pencapaian Baik dalam Penulisan Kajian Tindakan Peringkat PPD Sepang Tahun 2023. Syabas dan tahniah diucapkan!


Seterusnya, berikut dikongsikan suasana persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu bertugas guru-guru Kumpulan F.

  MAJLIS APRESIASI ANAK BAIK LAGI CERDIK

    Majlis ini berlansung selama tiga hari dan bertempat di Dewan Perdana, SKTPP. Tujuan pihak sekolah mengadakan majlis ini kerana ingin memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum. Secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan motivasi murid untuk meningkatkan kualiti pencapaian dan semangat untuk berdaya saing secara sihat untuk mencapai kejayaan. Berikut dikongsikan pautan buku program Majlis Apresiasi Anak Baik Lagi Cerdik.

Masa: 7.30 pagi
Tema: Ungu
Tempat: Dewan Perdana, SKTPP
Sasaran: Murid Tahun 4, Pra & PPKI)

Berikut adalah suasana sepanjang majlis yang dapat dirakam oleh guru-guru dan guru yang bertugas.

Encik Asrulafandi bin Ismail menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid Prasekolah. 
 

Murid-murd PPKI bergambar kenangan.


Murid-murid Tahun 4 yang cemerlang dalam akademik.

Pengawas Pusat Sumber Tahun 4.


Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 4.



Pengawas Sekolah Tahun 4. 

 

Tarikh: 6 Februari 2024 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi
Tema: Kuning
Tempat: Dewan Perdana, SKTPP
Sasaran: Murid Tahun 5

Murid-murid Tahun 5 bergambar kenangan. 


Pengawas Pusat Sumber Tahun 5.

Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 5.

Pengawas Sekolah Tahun 5. 



Tarikh: 7 Februari 2024 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi
Tema: Merah Jambu
Tempat: Dewan Perdana, SKTPP
Sasaran: Murid Tahun 6

Murid-murid Tahun 6.

Pengawas Pusat Sumber Tahun 6.

Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 6.

Pengawas Sekolah Tahun 6. 

    Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum dan kepimpinan. Akhir sekali, terima kasih kepada semua guru khususnya guru bertugas Kumpulan F atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang minggu ini. 


Disediakan oleh,
Azwane Adnan

No comments:

Post a Comment