Saturday, February 3, 2024

Majlis Khatam Al Quran SKTPP 2023/2024

Pada hari Jumaat bertarikh 2 Februari 2024, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan majlis Khatam Al Quran. Majlis Khatam Al Quran ini diadakan untuk menghargai segala usaha murid dalam mencapai kejayaan menamatkan bacaan Al Quran mereka. Program ini adalah merupakan program tahunan yang diadakan di sekolah ini terutama di akhir sesi persekolahan. 

Majlis Khatam Quran telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTPP iaitu Tn. Hj Megat Md Salleh bin Megat Arshad. Sebelum itu, majlis telah dimulakan dengan perarakan murid Khatam bersama guru-guru masuk ke dewan. Bacaan khatam Al Quran dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif.

Persembahan Qasidah oleh murid-murid turut menceriakan majlis ini. Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Azizah binti Mokhlas turut memberi ucapan dalam majlis ini. Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada murid yang khatam. Anugerah khas iaitu Tokoh Dakwah Pendidikan Islam dan Tokoh Sahsiah Pendidikan Islam 2023 telah disampaikan kepada murid terpilih. 

Majlis ini diakhiri dengan ceramah mengenai Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Banyak pengisian dan pengajaran yang terdapat dalam ceramah tersebut. 

Pelbagai foto yang diambil sepanjang majlis tersebut.

Buku program

Barisan pentadbir, ketua panitia, YDP PIBG dan mantan guru besar.


Guru-guru dan murid-murid 






Bacaan doa

Sumbangan daripada ibu bapa murid untuk murid khatam.

Penyampaian hadiah kepada murid khatam.


Pengacara majlis 




Kumpulan Qasidah

Ceramah Israk Mikraj

Sebahagian guru sesi pagi


Laporan disediakan oleh :
Nurzainon binti Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment