... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, August 28, 2024

Pertandingan STEM Peringkat Sekolah Tahun 2024

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekali lagi Kelab STEM SKTPP bersama Unit Kokurikulum mengambil langkah proaktif  menganjurkan pertandingan STEM peringkat sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai ‘STEM Education.’

Antara objektif yang ingin dicapai ialah:

  • Menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang.
  • Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang dihasilkan.
  • Melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi.
  • Memupuk semangat bekerjasama berpasukan bagi menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.
Berikut butiran pelaksanaan program:

Tarikh : 28 Ogos 2024 (Rabu)

Masa : 12.50 tengah hari – 3.00 petang

Tempat : Tempat perjumpaan Kelab & Persatuan masing-masing

 Maklumat aktiviti seperti berikut:



Mari kita saksikan kemeriahan sepanjang pertandingan berlangsung.








Kelab Pencegahan Jenayah







Keberhasilan yang diharapkan melalui penekanan kepada pendidikan STEM ialah murid yang boleh berfikir secara logik,mereka cipta,menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif.Ini bagi menyediakan sumber tenaga kerja yang  kompetitif bagi memacu kemajuan ekonomi negara. Semoga pertandingan STEM ini dapat menyuburkan minat anak-anak murid kita kepada pendidikan STEM.

"Merakyatkan Sains,Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi"

Saturday, August 24, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

 Tarikh    : 19 hingga 23 Ogos 2024

Hari        : Isnin hingga Jumaat

Tema Warna : Merah

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan D

1. Nor Amirulfitri bin Othman 

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Mohamad Fuzi

Pada minggu ini tiada perhimpunan rasmi dijalankan. Waktu perhimpunan rasmi pada hari isnin digantikan dengan aktiviti mentor mentee. Sebelum masuk kelas, Ustazah Salmi selaku wakil guru bertugas pada minggu ini memaklumkan beberapa perkara kepada murid-murid berkaitan disiplin murid-murid terutama semasa rehat dan tanggungjawab murid-murid menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah. Beliau juga memaklumkan kepada murid-murid supaya memaklumkan kepada guru bertugas sekiranya timbul sebarang masalah sepanjang minggu ini.

Berikut adalah maklumat aktiviti mentor mentee dan sebahagian gambar aktiviti yang dijalankan.

Tarikh    : 19 Ogos 2024

Masa     : 1.00 hingga 1.30 petang

Tempat  : Bilik Darjah

Tajuk     : Mentor Mentee (Siri 2) - Adab Berkawan







Berikut adalah gambar-gambar aktiviti murid sepanjang minggu ini.



Aktiviti berzikir sambil menunggu sesi pembelajaran bermula



Penyampaian Hadiah Kebersihan Kelas Minggu Ke-21

Tarikh    : 22 Ogos 2024 
Hari       : Khamis
Masa     : 1.00 petang
Tempat  : Dewan Perdana







Hari Bicara Akademik

Tarikh        : 23 Ogos 2024
Hari           : Jumaat
Masa         : 3.00 hingga 5.50 petang
Tempat      : Kelas masing-masing

Murid-murid sesi petang mendengar taklimat tentang disiplin dan tatacara berada di dalam kelas dan waktu rehat pada hari ini.

Ibu bapa/ penjaga murid menunggu giliran untuk sesi bicara bersama guru kelas

Suasana di dalam kelas

Kaunter sumbangan PIBG


Monday, August 19, 2024

Aktiviti Mentor Mentee (Siri 2) 2024/2025

Hari ini aktiviti mentor mentee siri 2 bagi tahun 2024/2025 telah berjaya dijalankan mengikut perancangan. Program mentor mentee pada kali kedua ini diharapkan dapat membantu murid-murid berinteraksi dengan lebih baik bersama mentor masing-masing dan dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Berikut adalah maklumat aktiviti Mentor Mentee Siri 2 bagi tahun 2024/2025

Masa        : 7.30 hingga 8.00 pagi (Sesi pagi) / 1.00 hingga 1.30 petang (sesi petang)

Tempat     : Kelas masing-masing

Sasaran    : Semua murid SKTPP

Tajuk Modul Tahap 1 : Adab Berkawan

Objektif pada akhir aktiviti, mentee dapat :

1. Mengetahui adab-adab berkawan dengan betul.

2. Mengetahui kepentingan mempunyai kawan.


Tajuk Modul Tahap 2 : My Live Is My Choice

Objektif pada akhir aktiviti , mentee dapat :

1. Membuat pilihan yang boleh mengubah kehidupan masa akan datang.

2. Membentuk peribadi yang mampu menjadi suri teladan.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan

Gambar-gambar di sesi pagi

















Gambar-gambar aktiviti di sesi petang