... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, August 28, 2024

Pertandingan STEM Peringkat Sekolah Tahun 2024

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekali lagi Kelab STEM SKTPP bersama Unit Kokurikulum mengambil langkah proaktif  menganjurkan pertandingan STEM peringkat sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai ‘STEM Education.’

Antara objektif yang ingin dicapai ialah:

  • Menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang.
  • Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang dihasilkan.
  • Melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi.
  • Memupuk semangat bekerjasama berpasukan bagi menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.
Berikut butiran pelaksanaan program:

Tarikh : 28 Ogos 2024 (Rabu)

Masa : 12.50 tengah hari – 3.00 petang

Tempat : Tempat perjumpaan Kelab & Persatuan masing-masing

 Maklumat aktiviti seperti berikut:



Mari kita saksikan kemeriahan sepanjang pertandingan berlangsung.








Kelab Pencegahan Jenayah







Keberhasilan yang diharapkan melalui penekanan kepada pendidikan STEM ialah murid yang boleh berfikir secara logik,mereka cipta,menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif.Ini bagi menyediakan sumber tenaga kerja yang  kompetitif bagi memacu kemajuan ekonomi negara. Semoga pertandingan STEM ini dapat menyuburkan minat anak-anak murid kita kepada pendidikan STEM.

"Merakyatkan Sains,Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi"

No comments:

Post a Comment