... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, August 10, 2024

 

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Sempena Program Sekolah Pengajar 2024


Pada tarikh 10 Ogos 2024 bersamaan pada hari Sabtu, Unit Kurikulum sekolah telah menganjurkan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) bertempat di Dewan al Marbawi, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Turut terlibat dalam LADAP tersebut ialah Guru Besar, tenaga pengajar & AKP SK Sungai Melut (A). 

    Pada hari tersebut juga disediakan 2 slot kepada peserta. Slot 1: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang disampaikan oleh Encik Kamarul Bahrin bin Maafus. Beliau merupakan pegawai Eksekutif Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Slot 2 pula: Pemantapan Pedagogi - Pengajaran Terbeza yang disampaikan oleh Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo. Beliau merupakan Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik, Kampus pendidikan Islam, Bangi. 

Berikut gambar-gambar sepanjang program berlangsung;

Urusetia Pendaftaran bersedia menjalankan tugas
                             
Ceria dan bersemangat semua peserta yang hadir


Peserta mendaftar kehadiran 

Guru Besar bersama Encik kamarul Bahrin dan Guru Besar SK Sungai Melut 

Puan Roseniza selaku pengacara majlis 

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zubair 

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar SKTPP

Encik Kamarul Bahrin menyampaikan ceramah Peraturan-peraturan Pengawai Awam 




Penyampaian cenderamata dan sijil kepada Encik Kamarul Bahrin

Sesi bergambar bersama Encik Kamarul Bahrin dan para peserta 

Slot pertama berakhir pada jam 10.00 pagi dan para peserta serta jemputan berhenti rehat selama 30 minit untuk sarapan. 

Puan Zailezah dan Puan Azlina selaku AJK jamuan 

Jemputan dan peserta sedang menjamu selera

Para peserta sedang menjamu selera

    Selepas rehat, bermula slot kedua pada pukul 10.30 pagi. Slot kedua ini disampaikan oleh Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo. Beliau menyampaikan ceramah berkaitan Pemantapan Pedagogi - Pengajaran Terbeza. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut subjek yang diajar.

Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo menyampaikan ceramah bagi slot kedua


Peserta dalam kumpulan mengikut panitia dan matapelajaran

Peserta dalam kumpulan mengikut panitia dan matapelajaran

Peserta menerima hadiah daripada penceramah kerana berjaya menjawab soalan

Peserta membentangkan rph yang menggunakan modul Pengajaran Terbeza

Penceramah bersama Tuan Guru Besar

Penyampaian cenderamata dan sijil kepada Ybhg. Datin Miziana

Sesi bergambar bersama Ybhg. Datin Miziana dan para peserta

Bergambar bersama GB, guru & AKP SK Sungai Melut (A). 

    Selesai sesi bergambar bersama penceramah dan para peserta maka berakhirlah program pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan penceramah kerana sudi bersama-sama menjayakan program kali ini. Adalah diharapkan agar modul dari kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta bagi membangunkan profesionalisme diri masing-masing dalam membentuk persekitaran pekerjaan dan pembelajaran yang lebih baik.


           Disediakan Oleh;

           Puan Nor Saadah Binti Ab Halim
           Puan jamunarani a/p Bhoja Rajan
           (AJK Posting Blog)

             


    

No comments:

Post a Comment