Perkataan “Khatam” (ختم) dalam bahasa Arab bermaksud menutup atau menamatkan. Dalam konteks Al-Quran, khatam merujuk kepada kejayaan seseorang membaca Al-Quran dari awal (Surah Al-Fatihah) hingga akhir (Surah An-Nas) – kesemua 30 juzuk.
Majis Khatam Al-quran merupakan satu program khusus untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid sekolah rendah yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran lebih awal dari tempoh yang dikehendaki dalam pelaksanaan. Pengiktirafan ini adalah sebagai suatu sokongan dan motivasi untuk mendidik dan membudayakan generasi muda di peringkat awal persekolahan khasnya untuk terus berusaha menguasai dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran serta menghayati , memahami isi kandungan Al-Quran sebelum melangkah ke peringkat menengah.
Bagi meneruskan generasi celik Al-Quran dalam kalangan murid-murid Islam, usaha ke arah meningkatkan penguasaan dan penghayatan kandungan Al-Quran dituntut dan bermula dengan bacaan yang betul dari semasa ke semasa. Kemuncak kepada inisiatif ini ialah mereka dapat khatam Kalam Ilahi ini dengan jayanya.
Justeru, pihak sekolah sentiasa berusaha melahirkan murid yang celik Al-Quran sehingga mereka khatam sepenuhnya sebelum melangkah keluar dari sekolah rendah. Dengan izin Allah, Majlis Khatam Al-Quran Perdana Tahun 2025 SK Taman Putra Perdana dapat disempurnakan dengan begitu lancar seperti ketetapan di bawah:
• Tarikh : 12 Disember 2025
• Hari : Jumaat
• Masa : 7.30 Pagi - 10.00 Pagi
• Tempat : SK Taman Putra Perdana
• Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana
Lensa kamera yang dirakam semasa majlis berlangsung:
Disediakan oleh:
Norbaizura binti Nordin
Faridatul-Akmal binti Ismail











No comments:
Post a Comment