... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, December 16, 2025

Sambutan Hari Lahir Murid (Bulai Julai -- Disember) & Jamuan Akhir Tahun

Sambutan Hari Lahir untuk murid-murid yang lahir dari bulan Julai hingga Disember telah diadakan pada hari ini di kelas masing-masing. Guru kelas dan guru pembantu diberi tangungjawab untuk menguruskan sambutan tersebut. Sambutan ini juga disertakan dengan jamuan kelas akhir tahun 2025.Sambutan Hari Lahir ini merupakan salah satu usaha Unit Guru Penyayang untuk meraikan murid-murid di sekolah.

Murid-murid digalakkan membawa makanan yang bersesuaian seperti kek, air kotak, spagetti, mee dan mihun serta berbagai jenis kuih muih. ibu bapa juga memberi kerjasama yang baik dalam penyediaan makanan untuk jamuan ini.

Unit Guru Penyayang juga telah menyediakan booth bergambar di Dewan Perdana bagi memberi peluang kepada guru -guru dan murid-murid bergambar. Acara simbolik memotong kek sambutan hari lahir oleh pentadbir juga telah diadakan di Dewan Perdana sebelum pentadbir diiringi urusetia berkunjung ke kelas-kelas bagi bersama meraikan murid-murid dan menjamu selera.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Gambar-gambar sambutan di sesi pagi

Photo booth di Dewan Perdana

Acara gimik pemotongan kek oleh pentadbir di Dewan Perdana
Lawatan pentadbir ke kelas-kelas

      Gambar-gambar sesi petang
Gimik pemotongan kek di Dewan Perdana oleh Encik Mohd Ali Sakhran (YDP PIBG)

Video Sambutan Birthday 


Kelas 1 Bitara

Sambutan Hari Lahir kelas 2 Norway



No comments:

Post a Comment