Monday, February 22, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Kurikulum baru mantapkan bahasa Inggeris tahun depan
KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru bagi memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) bagi peringkat rendah serta menengah selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata kurikulum baru itu akan menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran sedia ada dan tambahan termasuk muzik, sastera, 'choral speaking' dan sebagainya.
"Pihak kementerian akan membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut selepas duduk semeja dengan badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan perguruan serta pakar-pakar dalam bahasa Inggeris bagi merangka kertas konsep (cadangan) untuk diteliti, kita anggarkan empat hingga lima bulan bagi menyiapkan kurikulum itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pakar-pakar bahasa Inggeris dari dalam dan luar negara turut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulum itu.
Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Memartabatkan Profesion Keguruan yang dihadiri guru, kesatuan guru serta NGO dari seluruh negara. Seminar dua hari anjuran bersama Kementerian Pelajaran dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang julung kali diadakan itu bertujuan membincangkan masalah serta mencari hala tuju baru bagi profesion keguruan.
Alimuddin berkata, keputusan untuk memperkenalkan kurikulum baru itu dibuat berikutan pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengarahkan PPSMI diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Katanya, kementerian juga sedang dalam peringkat menyediakan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) termasuk di Terengganu, Sabah dan Sarawak bagi menggunakan 100 peratus Bahasa Inggeris dalam pembelajarannya.
"Ini bagi menyediakan bakal-bakal guru berkenaan agar menguasai sepenuhnya bahasa itu sebelum mengajar dan proses penyediaan ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga tahun," katanya lagi.
- BERNAMA
Monday, February 15, 2010
01.02.2010: Pengurusan Tertinggi Pendidikan
Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSINMenteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONGTimbalan Menteri Pelajaran I
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Y.Bhg. Dato' Dr. Zulkurnain B. Hj. AwangKetua Setiausaha KPM
Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd DomKetua Pengarah Pelajaran Malaysia
En. Sulaiman bin Wak
Pengarah Pelajaran Selangor
Hj. A.Rahman b. Hj. Ngit
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang
Pengarah Pelajaran Selangor Baru
Mulai 1 Fabruari 2010, Negeri Selangor mendapat Pengarah Pelajaran yang baru En. Sulaiman bin Wak. Beliau masuk menggantikan Dr. Haji Zahri b. Aziz yang bertukar menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.En. Sulaiman yang berasal dari Sarawak sebelum ini menjawat jawatan yang sama di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Sektor Dasar sebelum dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah (Dasar) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga kehadiran beliau bersama ilmu dan pengalaman dapat melonjakkan lagi pencapaian Negeri Selangor dalam pelbagai bidang.
Terima kasih dan selamat bertugas di tempat baru kepada bekas Pengarah dan Pengarah baru Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Friday, February 12, 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga SKTPP yang menyambutnya.
Selamat bercuti.
Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 14 Tahun 2010
Kepada: AJK PIBG SK Taman Putra Perdana
Dengan segala hormatnya Tuan/Puan, dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8:30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana.
Agenda mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu.
4. Perkara Berbangkit
5. Persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 6 2010
6. Hal-hal lain.
Kehadiran Tuan/Puan, amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat dan kemajuan PIBG sekolah kita ini.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Dengan segala hormatnya Tuan/Puan, dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8:30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana.
Agenda mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu.
4. Perkara Berbangkit
5. Persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 6 2010
6. Hal-hal lain.
Kehadiran Tuan/Puan, amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat dan kemajuan PIBG sekolah kita ini.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Thursday, February 11, 2010
LINUS SARINGAN LISAN (MATEMATIK)
- Ditadbir pada 1-28 Februari 2010
- Semua murid Tahun 1 perlu menduduki saringan lisan ini
- Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak lebih 3 orang)
- Mengikut urutan soalan/12 konstruk
- Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai murid
- Murid ditaksir secara telus dan jujur
- Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut
SELEPAS PROSES SARINGAN
- murid yang dapat menguasai konstruk 1 – 10 dikategorikan TELAH MENGUASAI asas numerasi – murid ini meneruskan pembelajaran di kelas Arus Perdana
- murid yang tidak menguasai 10 konstruk itu, perlu dikenalpasti konstruk mana yang belum dikuasai – guru akan membuat diagnosis mengapa murid ini gagal sesuatu konstruk
- seterusnya barulah diadakan program LINUS atau program khas murid bermasalah pembelajaran sebelum saringan seterusnya dibuat iaitu Saringan Bertulis pada 1 – 5 Mac 2010
Proses diagnosis dan program LINUS dilakasanakan oleh guru kerana HANYA guru yang layak dan wajar melaksanakan tugasan tersebut. Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan kesemua 12 konstruk dikuasai murid.
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 9, 2010
Majlis Jalinan Kasih (Perjumpaan Ibu Bapa & Guru Tahun 6)
Monday, February 8, 2010
Watikah Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah
Pada hari ini berlakunya upacara penyerahan sijil pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu kepada Koperal Sopian dari Balai Polis Taman Putra Perdana.
Subscribe to:
Posts (Atom)




