... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 14, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Tarikh         : 14 Oktober  2019
Hari             : Isnin
Masa           : 7.30 pagi
Tempat        : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis   :   Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji

Senarai Guru Bertugas : 

1.        Encik Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
2.        Puan Norliza Binti Ali @ Yasim
3.        Puan Musaliha Binti Mustafa
4.        Puan Nurul Iman Binti Illyas
5.        Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6.        Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
7.        Cik Mawaddah Binti
Kamarulzaman   
8.      Cik Syahirah Binti Tumar
   
Agenda :
 
1. Perarakan Masuk dan Kawad Kaki oleh pasukan Unit Beruniform

·         Perhimpunan dimulakan dengan perarakan masuk dan kawad kaki daripada Unit Beruniform Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
·          Pasukan kawad kaki diketuai oleh Muhammad Raif (6 Rebana) yang kemudian melaporkan diri kepada Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali.
·         Pasukan kawad kaki ini kemudian bertanggungjawab untuk menaikkan ketiga-tiga bendera iaitu bendera Malaysia, bendera Negeri Selangor dan bendera sekolah sewaktu nyanyian lagu dipasang.

Pasukan Kawad Kaki bersedia untuk menaikkan bendera

2. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar


·         Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana Binti Yahaya (6 Kompang).
·         Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
·         Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji.
·         Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla).

Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas – Puan Nurzainon binti Mohd Razalli

·         Murid diingatkan memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap hari Rabu. Mulai tahun hadapan murid-murid digalakkan memakai baju pakaian seragam Unit Beruniform pada hari yang telah ditetapkan iaitu Isnin minggu ke-3 dan setiap Rabu.
·         Murid diingatkan agar menjaga kebersihan kelas termasuk di kawasan kaki lima kelas masing-masing. Pastikan murid membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan, dan pastikan jangan meninggalkan sebarang sampah selepas selesai sesuatu majlis / aktiviti atau sebelum berakhirnya sesi pembelajaran. Murid-murid hendaklah amalkan budaya ini sampai bila-bila.


Puan Nurzainon memberikan laporan bertugas pada minggu lepas


4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  - Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
·         Tema : Pentingnya Mengulangkaji Pelajaran
·         Guru mengingatkan murid-murid supaya sentiasa mengulangkaji pelajaran. Hal ini supaya dapat menguatkan daya ingatan serta meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
·         Di samping itu dapat meningkatkan lagi minat belajar dalam kalangan murid-murid. Seterusnya, memudahkan murid-murid untuk menjawab peperiksaan  dengan mudah.

Barisan Guru Bertugas

Pengumuman :
-          Bengkel badminton akan diadakan pada 19 Oktober 2019 (Sabtu). Penyertaan dibuka untuk murid-murid tahun 4 dan 5.
-          Sambutan hari lahir bulan September dan Oktober akan diadakan pada hari Rabu. Murid-murid boleh membawa kek dan sambut di dalam kelas bersama-sama dengan guru kelas.

5.       Majlis Penyampaian Sijil – Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
·         Pasukan Kriket  telah berjaya dalam Kejohanan Kriket Schools Championship 2019 peringkat MSS Selangor.
·         Perlawanan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober 2019.
·         Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
·         Pasukan ini di bawah bimbingan Cikgu Mohd Izwan bin Mohd Jowahar dan Cikgu Ahmad Junaidi bin Abdullah.

Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif mengendalikan sesi penyampaian sijil

 Peserta menerima sijil daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am :






Pasukan Kriket bergambar kenangan bersama Jurulatih dan barisan pentadbir
Majlis Penyampaian Sijil – Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
·         Pasukan Ragbi  telah berjaya dalam Kejohanan Sukan Pembangunan Ragbi bawah 1- Peringkat MSSD.
·         Perlawanan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober 2019.
·         Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
·         Pasukan ini bawah bimbingan cikgu Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin dan Cikgu Wan Faizol.

Encik  Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin mengendalikan sesi penyampaian sijil
  Peserta menerima sijil daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am :








6.       Ucapan PK Kokurikulum  – Encik Shahrizal Bin Ya'am.
·         Ucapan tahniah kepada semua murid yang memakai Uniform Unit Beruniform pada majlis perhimpunan rasmi hari ini.
      Diharapkan murid-murid lain akan turut serta memakai pakaian Unit Beruniform pada perhimpunan UB pada masa akan datang.
·         Murid-murid  hanya dibenarkan menggunakan pintu pagar A dan B untuk masuk dan keluar daripada kawasan sekolah.
      Tidak dibenarkan menggunakan ‘laluan tikus’ atau lubang di pagar sebagai jalan pintas untuk masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
     Sekiranya ditangkap, murid berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin.
·         Tahniah kepada semua atlet sukan kriket dan ragbi yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Kriket Schools Championship 2019 peringkat MSSS dan Kejohanan Sukan Pembangunan Ragbi bawah 10 Tahun peringkat MSSD.
     Ini membuktikan bahawa perkembangan murid-murid SKTPP adalah holistik, bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan sahsiah malah cemerlang dalam bidang kokurikulum.
·         Semua murid digalakkan minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
·         Murid perlu membawa botol air ke sekolah. Membawa botol air ke sekolah adalah salah satu langkah yang sihat.
      Pihak sekolah juga telah menyediakan mesin ‘water cooler’ yang baharu untuk kegunaan semua murid. Mesin ini dibeli hasil sumbangan PIBG, ibu bapa dan guru-guru serta staf sekolah yang prihatin.
      Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan atas semua sumbangan yang telah diberi.

PK Kokurikulum  Encik Shahrizal Bin Ya'am

7.       Majlis Pelancaran Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020 - Puan Noor Hayati binti Yusof
·         Cogan kata Persatuan Puteri Islam – Berilmu Beriman Beramal
·         Cogan kata TKRS – Ilmu Iman dan Amal
·         Cogan Kata Pandu Puteri Tunas – Tolong Orang Selalu
·         Cogan Kata PBSM – Berkhidmat
·         Cogan kata Pengakap – Buat Habis Baik

Puan Noor Hayati binti Yusof


1.       Ucapan Guru Besar - Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)
·         Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah yang baru bertukar : Pn. Siti Mahfuzah binti Abdul Razak dari SK Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan
·         Tahniah kepada semua murid yang memakai pakaian seragam Unit Beruniform yang lengkap.
·         Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam Unit Beruniform pada tahun hadapan pada hari kokurikulum setiap hari Rabu.
·         Seterusnya, beliau melancarkan Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020.
·         Gimik pelancaran disediakan oleh Puan Umi Nazrah dan Puan Safinatunajakh sempena Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020.


Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)

 Gambar Gimik Pelancaran Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020:








Gambar Setiap Persatuan Unit Beruniform :

Persatuan Bulan Sabit Merah

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Persatuan Pandu Puteri Tunas

Persatuan Puteri Islam

Persatuan Pengakap PPKI

Perhimpunan mingguan tamat pada jam 9.00 pagi.

Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

Majlis Pelancaran Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform Tahun 2020

Majlis Pelancaran  Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform Tahun 2020 telah diadakan pada 14 Oktober 2019 hari Isnin. Majlis ini diadakan di dataran perhimpunan SKTPP pada 7.50 pagi.
Majlis ini dijalankan bagi menggalakkan murid-murid SKTPP memakai baju beruniform yang lengkap pada hari Rabu waktu Kokurikulum untuk Unit Beruniform dan juga hari Isnin Minggu Kokurikulum. Pemakaian yang lengkap menampakkan keseragaman ahli unit beruniform setiap kali perjumpaan diadakan dan juga dalam perhimpunan rasmi.

Barisan pentadbir 

Buku program

Ucapan pelancaran daripada Guru Besar; Pn Rohaidah Mohd Ali

Pengerusi majlis Noor Hayati Yusof

Gimik pelancaran

Kemuncak gimik perasmian

Persatuan Puteri Islam Malaysia

Pengakap

Tunas Puteri

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Persatuan Bulan Sabit Merah

Pengakap PPKI

Sunday, October 13, 2019

Kejohanan Kriket Jemputan TMS 6es Bawah 11 Tahun 2019

Pada 11 - 13 Oktober 2019, pemain kriket SK Taman Putra Perdana telah menyertai Kejohanan Kriket Jemputan TMS 6es Bawah 11 Tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. SK Taman Putra Perdana telah berjaya menduduki Tempat Ketiga pada kejohanan tersebut setelah tewas di peringkat Separuh Akhir dengan SK Nong Chik, Johor. Berikut adalah keputusan perlawanan dan gambar-gambar semasa kejohanan tersebut..


1st game
SKTPP vs SK Pendas Laut A
Toss : SKPL A elected to bowl
1st inning: SKTPP 68/3
2nd inning : SKPL 53/0
Result : SKTPP won by 15 run.
POTM : Muhammad Muqri Jafri (47 run) not out

2nd game
SKTPP vs SK Pusat Juaseh B
Toss : SKTPP elected to bat
1st inning : 86/1
2nd inning : 15/6 (4.4 over)
Result : SKTPP won by 71 run
POTM : Muhammad Muqri Jafri (50 run n 2 wicket) not out

3rd game Group B
SKTPP vs SK Tiram Duku
Toss : SKTD elected to bowl
1st inning : SKTPP 56/1
2nd inning : SKTD 25/3
Result : SKTPP won by 31 run


4th game group B
SKTPP vs SK Kg Tanjung
Toss : SKKT elected to bowl
1st inning : SKTPP 68/0
2nd inning : SKKT 20/1
Result : SKTPP won by 48 run
SKTPP champion group B

Semi 2
SKTPP vs SK Nong Chik
Toss : SKNC elected to bowl
1st Inning : SKTPP 44/1
2nd Inning : SKNC 44/1 (4.4/5)
Result : SKNC won by 5 wicket










Thursday, October 10, 2019

Bengkel Lencana WAGGGS Free Being Me (FBM) & Action Body Confidence (ABC)

Persatuan Pandu Puteri Daerah Sepang dengan kerjasama JPP Zon Cyberjaya kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya telah menganjurkan Bengkel Lencana WAGGGS Free Being Me (FBM) Action Body Confidence (ABC) seperti berikut:

Tarikh : 9 - 10 Oktober 2019
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Bengkel ini bertujuan untuk membantu ahli persatuan mendapat dua lencana WAGGGS dan turut memberi kesedaran kepada ahli akan kepentingan mewujudkan keyakinan diri dalam pelbagai situasi.

Lencana FMB dan ABC

Seramai 23 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menyertai bengkel tersebut dengan bimbingan 4 orang guru pengiring.

Seramai 23 orang murid Pandu Puteri Tunas terlibat
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan tentang kepentingan mengetahui keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup serta memahami kepentingan hak bersuara wanita. Selain itu, bengkel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya sayangi diri sendiri seadanya melalui penerapan nilai positif dan memahami diri sendiri dalam "Action on Body Confidence".

Aktiviti berkumpulan murid
Murid berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan.
Pembentangan hasil kerja
Persembahan kreativiti murid
Hasil kerja berkumpulan
Majlis penutupan bengkel ini berlangsung pada hari kedua iaitu pada jam 4.00 petang dengan dirasmikan oleh YDM Tengku Dato' Dr JamaluddinTengku Mahmud Shah AlHaj, iaitu Pengerusi JPP Zon Cyberjaya.

Menunggu tetamu VIP

Bergambar kenangan bersama Pengerusi JPP Zon Cyberjaya
Gambar kenangan peserta dan guru pengiring

Kejohanan Kriket MCA MOE National School Championship Peringkat MSS Selangor 2019

SK Taman Putra Perdana telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Kriket MCA MOE National School Championship Peringkat MSS Selangor 2019. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai kejohanan ini. SK Taman Putra Perdana selaku Juara Kumpulan telah bertemu SK Bandar Banting pada peringkat akhir. Berikut adalah keputusan perlawanan..

Perlawanan pertama: Kumpulan B

SKTPP vs SK Sg Sireh
Toss : SKTPP elected to bat
1st inning : 223/3
2nd inning : 19/14
Result : SKTPP won by 204 run.


Perlawanan kedua

SKTPP vs SK Puchong Jaya
Toss: SKTPP elected to bowl
1st inn : 54/14
2nd inn : 28 /1 (over 2) abandon due rain
Result :  draw

Akhir

SK Taman Putra Perdana vs SK Bdr Banting

Toss : SKBB elected to bowl
1st Inning : SKTPP 124/7
2nd Inning : SKBB 82/6
Result : SKTPP won by 42 run
Motm : Muhammad Akram Abd Malek 20 run & 2 wicket (5 over bat & bowl)

Sekalung tahniah diucapkan. Semoga pemain-pemain kriket lelaki SK Taman Putra Perdana dapat memberikan persembahan yang terbaik pada peringkat kebangsaan nanti.