Monday, October 14, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Tarikh         : 14 Oktober  2019
Hari             : Isnin
Masa           : 7.30 pagi
Tempat        : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis   :   Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji

Senarai Guru Bertugas : 

1.        Encik Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
2.        Puan Norliza Binti Ali @ Yasim
3.        Puan Musaliha Binti Mustafa
4.        Puan Nurul Iman Binti Illyas
5.        Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6.        Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
7.        Cik Mawaddah Binti
Kamarulzaman   
8.      Cik Syahirah Binti Tumar
   
Agenda :
 
1. Perarakan Masuk dan Kawad Kaki oleh pasukan Unit Beruniform

·         Perhimpunan dimulakan dengan perarakan masuk dan kawad kaki daripada Unit Beruniform Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
·          Pasukan kawad kaki diketuai oleh Muhammad Raif (6 Rebana) yang kemudian melaporkan diri kepada Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali.
·         Pasukan kawad kaki ini kemudian bertanggungjawab untuk menaikkan ketiga-tiga bendera iaitu bendera Malaysia, bendera Negeri Selangor dan bendera sekolah sewaktu nyanyian lagu dipasang.

Pasukan Kawad Kaki bersedia untuk menaikkan bendera

2. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar


·         Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana Binti Yahaya (6 Kompang).
·         Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
·         Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji.
·         Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla).

Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas – Puan Nurzainon binti Mohd Razalli

·         Murid diingatkan memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap hari Rabu. Mulai tahun hadapan murid-murid digalakkan memakai baju pakaian seragam Unit Beruniform pada hari yang telah ditetapkan iaitu Isnin minggu ke-3 dan setiap Rabu.
·         Murid diingatkan agar menjaga kebersihan kelas termasuk di kawasan kaki lima kelas masing-masing. Pastikan murid membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan, dan pastikan jangan meninggalkan sebarang sampah selepas selesai sesuatu majlis / aktiviti atau sebelum berakhirnya sesi pembelajaran. Murid-murid hendaklah amalkan budaya ini sampai bila-bila.


Puan Nurzainon memberikan laporan bertugas pada minggu lepas


4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  - Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
·         Tema : Pentingnya Mengulangkaji Pelajaran
·         Guru mengingatkan murid-murid supaya sentiasa mengulangkaji pelajaran. Hal ini supaya dapat menguatkan daya ingatan serta meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
·         Di samping itu dapat meningkatkan lagi minat belajar dalam kalangan murid-murid. Seterusnya, memudahkan murid-murid untuk menjawab peperiksaan  dengan mudah.

Barisan Guru Bertugas

Pengumuman :
-          Bengkel badminton akan diadakan pada 19 Oktober 2019 (Sabtu). Penyertaan dibuka untuk murid-murid tahun 4 dan 5.
-          Sambutan hari lahir bulan September dan Oktober akan diadakan pada hari Rabu. Murid-murid boleh membawa kek dan sambut di dalam kelas bersama-sama dengan guru kelas.

5.       Majlis Penyampaian Sijil – Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
·         Pasukan Kriket  telah berjaya dalam Kejohanan Kriket Schools Championship 2019 peringkat MSS Selangor.
·         Perlawanan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober 2019.
·         Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
·         Pasukan ini di bawah bimbingan Cikgu Mohd Izwan bin Mohd Jowahar dan Cikgu Ahmad Junaidi bin Abdullah.

Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif mengendalikan sesi penyampaian sijil

 Peserta menerima sijil daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am :






Pasukan Kriket bergambar kenangan bersama Jurulatih dan barisan pentadbir
Majlis Penyampaian Sijil – Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
·         Pasukan Ragbi  telah berjaya dalam Kejohanan Sukan Pembangunan Ragbi bawah 1- Peringkat MSSD.
·         Perlawanan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober 2019.
·         Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
·         Pasukan ini bawah bimbingan cikgu Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin dan Cikgu Wan Faizol.

Encik  Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin mengendalikan sesi penyampaian sijil
  Peserta menerima sijil daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am :








6.       Ucapan PK Kokurikulum  – Encik Shahrizal Bin Ya'am.
·         Ucapan tahniah kepada semua murid yang memakai Uniform Unit Beruniform pada majlis perhimpunan rasmi hari ini.
      Diharapkan murid-murid lain akan turut serta memakai pakaian Unit Beruniform pada perhimpunan UB pada masa akan datang.
·         Murid-murid  hanya dibenarkan menggunakan pintu pagar A dan B untuk masuk dan keluar daripada kawasan sekolah.
      Tidak dibenarkan menggunakan ‘laluan tikus’ atau lubang di pagar sebagai jalan pintas untuk masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
     Sekiranya ditangkap, murid berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin.
·         Tahniah kepada semua atlet sukan kriket dan ragbi yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Kriket Schools Championship 2019 peringkat MSSS dan Kejohanan Sukan Pembangunan Ragbi bawah 10 Tahun peringkat MSSD.
     Ini membuktikan bahawa perkembangan murid-murid SKTPP adalah holistik, bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan sahsiah malah cemerlang dalam bidang kokurikulum.
·         Semua murid digalakkan minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
·         Murid perlu membawa botol air ke sekolah. Membawa botol air ke sekolah adalah salah satu langkah yang sihat.
      Pihak sekolah juga telah menyediakan mesin ‘water cooler’ yang baharu untuk kegunaan semua murid. Mesin ini dibeli hasil sumbangan PIBG, ibu bapa dan guru-guru serta staf sekolah yang prihatin.
      Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan atas semua sumbangan yang telah diberi.

PK Kokurikulum  Encik Shahrizal Bin Ya'am

7.       Majlis Pelancaran Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020 - Puan Noor Hayati binti Yusof
·         Cogan kata Persatuan Puteri Islam – Berilmu Beriman Beramal
·         Cogan kata TKRS – Ilmu Iman dan Amal
·         Cogan Kata Pandu Puteri Tunas – Tolong Orang Selalu
·         Cogan Kata PBSM – Berkhidmat
·         Cogan kata Pengakap – Buat Habis Baik

Puan Noor Hayati binti Yusof


1.       Ucapan Guru Besar - Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)
·         Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah yang baru bertukar : Pn. Siti Mahfuzah binti Abdul Razak dari SK Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan
·         Tahniah kepada semua murid yang memakai pakaian seragam Unit Beruniform yang lengkap.
·         Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam Unit Beruniform pada tahun hadapan pada hari kokurikulum setiap hari Rabu.
·         Seterusnya, beliau melancarkan Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020.
·         Gimik pelancaran disediakan oleh Puan Umi Nazrah dan Puan Safinatunajakh sempena Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020.


Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)

 Gambar Gimik Pelancaran Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020:








Gambar Setiap Persatuan Unit Beruniform :

Persatuan Bulan Sabit Merah

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Persatuan Pandu Puteri Tunas

Persatuan Puteri Islam

Persatuan Pengakap PPKI

Perhimpunan mingguan tamat pada jam 9.00 pagi.

Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment