Thursday, October 10, 2019

Bengkel Lencana WAGGGS Free Being Me (FBM) & Action Body Confidence (ABC)

Persatuan Pandu Puteri Daerah Sepang dengan kerjasama JPP Zon Cyberjaya kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya telah menganjurkan Bengkel Lencana WAGGGS Free Being Me (FBM) Action Body Confidence (ABC) seperti berikut:

Tarikh : 9 - 10 Oktober 2019
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Bengkel ini bertujuan untuk membantu ahli persatuan mendapat dua lencana WAGGGS dan turut memberi kesedaran kepada ahli akan kepentingan mewujudkan keyakinan diri dalam pelbagai situasi.

Lencana FMB dan ABC

Seramai 23 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menyertai bengkel tersebut dengan bimbingan 4 orang guru pengiring.

Seramai 23 orang murid Pandu Puteri Tunas terlibat
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan tentang kepentingan mengetahui keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup serta memahami kepentingan hak bersuara wanita. Selain itu, bengkel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya sayangi diri sendiri seadanya melalui penerapan nilai positif dan memahami diri sendiri dalam "Action on Body Confidence".

Aktiviti berkumpulan murid
Murid berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan.
Pembentangan hasil kerja
Persembahan kreativiti murid
Hasil kerja berkumpulan
Majlis penutupan bengkel ini berlangsung pada hari kedua iaitu pada jam 4.00 petang dengan dirasmikan oleh YDM Tengku Dato' Dr JamaluddinTengku Mahmud Shah AlHaj, iaitu Pengerusi JPP Zon Cyberjaya.

Menunggu tetamu VIP

Bergambar kenangan bersama Pengerusi JPP Zon Cyberjaya
Gambar kenangan peserta dan guru pengiring

No comments:

Post a Comment