... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, May 16, 2021

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh negara khususnya kepada guru-guru SK Taman Putra Perdana. Semoga kita akan terus tabah dan bersemangat menjalankan tugas dan amanah meski dalam suasana norma baharu..

Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu

Terima kasih cikgu...


Thursday, May 13, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua murid dan warga SKTPP. Semoga kita sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.. #kitajagakita 


Tuesday, May 11, 2021

Kerja-Kerja Mengecat Dinding Sekolah

Dalam siri menceriakan sekolah, kerja-kerja mengecat dinding diteruskan. Semoga segar mata memandang dan warganya sentiasa bersemangat datang ke sekolah..










Monday, May 10, 2021

Signboard Baru SKTPP

Pemasangan signboard baru SKTPP...

Semoga dapat membangkitkan aura dan semangat buat anak-anak murid dan warga sekolah. Alhamdulillah...


Sebelum..



Terima kasih buat En. Rusdi yang membantu mengurus tempahan signboard ini. Turut menyaksikan pemasangan signboard ialah YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar





Selepas..
Alhamdulillah

Friday, May 7, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

 Tarikh : 3 - 5 Mei 2021


Nama Guru : 

1) Rusmami Bin Rosli (K) 

2) Nornadzirah binti Abd Rahim (P)

3) Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin

4) Zabedah binti Othman

5) Amalina binti Abd Hamid 

6) Khairiah binti Razali

7) Salmi binti Adnan 

8) Suziana binti Mohd Mokhtar 

9) Wan Roswandy bin Wan Ibrahim  

Tugasan sepanjang minggu 

1) Memantau pergerakan dan mengambil suhu murid di pintu masuk pagar A dan pagar B bermula jam 12.30 tengah hari. 

2) Mengawal perjalanan balik murid hingga ke pintu keluar pagar A dan B dengan diiringi guru mata pelajaran akhir. 

3) Sentiasa  mengingatkan murid untuk mematuhui SOP dan memastikan murid-murid berada pada jarak yang ditetapkan. 

Makluman Penting Minggu Ini. 

1) Disebabkan jangkitan Covid-19 semakin menular pihak KPM mengarahkan semua sekolah ditutup di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 6 dan 7 Mei (Khamis dan Jumaat). 

2) Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) diteruskan untuk dua hari tersebut. 

3) Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah adalah mengikut jadual terdahulu yang disediakan oleh pihak pentadbir. 

4) Cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada 10 - 14 Mei 2021.   

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.: 

Murid yang datang dari pagar B






Murid Tahun 1 yang berehat di dewan
 


Kian berlabuh tirai Ramadan,
Lambaian Syawal kian dinanti, 
Lulur hati ikhlas kemafaan, 
Semoga kesalahan dimaafi 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DARI KAMI GURU-GURU SKTPP

Laporan disediakan oleh: 

Nornadzirah binti Abd Rahim

Laporan Bertugas Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 Mei 2021 - 5 Mei 2021 

Senarai nama guru bertugas kumpulan 3 :

1. Puan Azlina Binti Mat Isa (K)

2. Puan Norzainon Binti Mohd Razali (P)

3. Puan Faridatul Akmal Binti Ismail

4. Puan Junaidah Binti Rus

5. Puan Nur Murni Binti Abdullah

6. Puan Mazzaini Binti Muda

7. Puan Rosmizawati Binti Yusub

8. Puan Rafidah Binti Salleh

9. Puan Jamunarani A/P Bhoja Rajan

10. Encik Syed Farhan Bin Syed Abdullah

11. Encik Ahmad Musrizuan Bin Daud

12. Encik Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan juga merupakan minggu terakhir persekolahan sebelum semua warga sekolah mula bercuti bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Suasana persekolahan di bulan Ramadan tetap berlangsung dalam keadaan patuh SOP. Semua murid dikehendaki mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti wajib memakai pelitup muka, mengambil suhu sebelum masuk ke kelas, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada minggu ini antaranya penyampaian Tabung Kasih Ramadan kepada murid-murid asnaf dan yatim sesi pagi dan juga sesi petang pada Rabu (5 Mei 2021).

Namun begitu, jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan KPM telah mengarahkan  penutupan semua sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 6 dan 7 Mei 2021 (Khamis dan Jumaat). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) diteruskan untuk dua hari tersebut mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak pentadbir.

Oleh yang demikian, pihak sekolah amat berharap agar semua murid dapat terus menjaga diri masing-masing, 'stay safe' dan patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada bagi memutuskan rangkaian Covid-19. Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal bermula pada 10 - 14 Mei 2021.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini:

Murid-murid beratur mengambil suhu, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal sebelum bergerak ke kelas masing-masing.

Murid-murid disambut oleh guru bertugas seawal jam 7.00 pagi  di pintu pagar A dan pintu pagar B.

Penyampaian Tabung Kasih Ramadan kepada murid-murid asnaf dan yatim sesi pagi.

Penyampaian Tabung Kasih Ramadan kepada murid-murid asnaf dan yatim sesi petang.


SELAMAT HARI RAYA  AIDILFITIRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
daripada  guru-guru SKTPP

Thursday, May 6, 2021

Bengkel Pelaksanaan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu Peringkat Kebangsaan Tahun 2021

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT di atas kejayaan sekolah dalam membawa satu inovasi ke peringkat kebangsaan. Memenangi anugerah gangsa di peringkat kebangsaan merupakan momen-momen yang indah bagi seluruh warga sekolah.

Hari ini, dalam bengkel pelaksanaan Program Minda Sihat, SKTPP dijemput bersama-sama dalam membentangkan inovasi Emo The Board Game. Cikgu Juli bersama Cikgu Rozimah dan Cikgu Wan Faizol telah ke PKG Gombak dalam melaksanakan tugasan membentang produk inovasi minda sihat pada hari ini. Alhamdulillah, sungguh bersemangat cikgu-cikgu SKTPP dalam berkongsi idea membantu aspek kemenjadian murid.

Berikut gambar-gambar aktiviti semasa bengkel dijalankan. Bengkel ini dijalankan secara live di youtube daripada pukul 9.00 pagi - 4.00 petang.

Backdrop bengkel yang dijalankan secara live di youtube!

Atur cara program

Perasmian oleh Encik Saiful Effendi bin Mohd Zahari

Pembentangan inovasi (Emo The Board Game) daripada SKTPP

Saya boleh ulas di sini : satu pembentangan yang luar biasa dan penuh bersemangat. 

Tahniah buat para pembentang!

Semoga perkongsian ini mampu memberi idea kepada warga GBKSM seluruh negara.





Bersama Jawatankuasa Pelaksana program



Pembentangan Inovasi Program Minda Sihat SKTPP : Emo Board Game di jam 5:28.00..
________________________________________________

Maklumat lanjut boleh kunjungi Blog Bimbingan & Kaunseling SKTPP. Sila Klik Di Sini.
_________________________________________________

Arahan Penutupan Sekolah Di Negeri Selangor



Wednesday, May 5, 2021

Pertandingan Video Kreatif Ucapan Hari Guru 2021


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.✨

Makluman kepada semua murid SKTPP, jom sertai:

👨🏻‍🏫 *Pertandingan Video Kreatif Ucapan Hari Guru SK Taman Putra Perdana tahun 2021*🎉

📝 Syarat Pertandingan :

✅ Video berdurasi 1-2 minit sahaja.

✅Karya video dalam bentuk : Ucapan kreatif, Sajak, Syair, Pantun, atau Nyanyian

✅ Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum atau pada 12.5.2021 (Rabu).

-----------------------------------------

HADIAH MENARIK menanti bagi pemenang tempat pertama, kedua & ketiga🎁🎊

-----------------------------------------

🌈Murid yang berminat, sila hantarkan nama, kelas & video yang lengkap ke Telegram cikgu mengikut tahun seperti berikut :

👨🏻‍🏫 *Tahun 1 & 2*

Cikgu Rusmami : 0136487678

👩🏻‍🏫 *Tahun 3 & 4*

Cikgu Rozimah : 0197733158

👨🏻‍🏫 *Tahun 5 & 6*

Ustaz Syed Farhan : 0143433813

✨ *Sekian, terima kasih*✨

Monday, May 3, 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Bulan Mei 2021

 Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua murid-murid SKTPP.

Di sini cikgu kongsikan video ucapan yang didedikasikan khas untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan Mei. Marilah kita sama-sama berdoa agar Covid-19 hilang di muka bumi ini dan kita kembali gembira menjalankan aktiviti sambutan hari lahir seperti tahun-tahun sebelum ini.


Terimalah ucapan daripada Puan Siti Raabiah, wakil daripada Unit Guru Penyayang SKTPP.

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓


💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓