... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 8, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

Tarikh : 4 April 2022 - 8 April 2022 

Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang

Senarai guru bertugas kumpulan C

  1. Rosmizawati binti Yusub
  2. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
  3. Faridatul Akmal bin Ismail
  4. Junaidah binti Rus
  5. Nur Murni binti Abdullah
  6. Nurul Iman binti Illyas
  7. Ahmad Musrizuan bin Daud
  8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  9. Mazzaini binti Muda
  10. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar
  11. Muhammad Afiq bin Azli
  12. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sepanjang minggu ini. Bermula dengan hari Isnin, murid hadir kelihatan bersemangat walaupun merupakan hari pertama berpuasa. Murid yang hadir, mengikuti SOP seperti biasa.







Memandangkan majoriti murid berpuasa, murid non-Muslim dan yang tidak berpuasa ditempatkan di suatu kawasan khas untuk makan ketika waktu rehat dengan dipantau oleh guru bertugas.



Pada hari ini juga, sekolah menerima dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan iaitu Cik Nurliana Aqilah bt Saman dan Cik Nur Fatin Farhanah binti Rahim yang menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula 4 April sehingga 8 April 2022.



Sekolah menerima kunjungan pemantauan SPBT pada hari Selasa (5 Mei 2022). Menerusi kunjungi tersebut, pihak PPD memantau perjalanan gerak kerja proses persiapan menjelang pertandingan yang akan berlangsung. Taklimat daripada pihak pemantau membantu para AJK dan ketua bahagian mendapat info dan idea bagi melancarkan lagi persiapan dan persediaan untuk menghadapi Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2022 pada bulan hadapan.










Selesai sesi taklimat dan perkongsian idea di Terminal Mufakat, pihak pemantau dibawa melawat Ujana Ilmu dan Bilik PPDa sekolah..






Terima kasih atas bimbingan dan khidmat bantu


Dalam kesibukan menerima kunjungan pemantau, pihak sekolah berkesempatan menyampaikan sijil kepada peserta Hippo English Language Olympiad Peringkat Kebangsaan di bawah bimbingan Puan Parimala. Tahniah diucapkan!



Seterusnya, pada hari Rabu, sekolah menerima pula kunjungan pemantauan CUP3 oleh pihak PPD. Pegawai PPD tersebut, Encik Syariman dan Encik Said turut meluangkan masa memberikan taklimat khidmat bantu dan tunjuk ajar kepada para ketua panitia.




Menutupi minggu bertugas, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan. Puan Guru Besar melakukan gimik memotong riben pada gegantung sebagai simbolik pelancaran. Seterusnya Ustazah Nurzainon menerangkan perancangan program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan kepada murid-murid.




Semoga semua aktiviti yang dirancang mendapat sambutan baik dari murid-murid

Selesai majlis ringkas pelancaran Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah & Tabung Kasih Ramadan, taklimat diteruskan oleh GPK Kokurikulum; Pn. Fauziah Salehoddin perjalanan aktiviti kokurikulum norma baharu.

Alhamdulillah. Dalam kepadatan pelbagai aktiviti dan kunjungan, segalanya berjalan lancar dan terkawal. Moga segala amanat, ilmu dan perkongsian yang diperolehi dapat digunakan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Disediakan oleh,
Nurul Iman binti Illyas

Friday, April 1, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-2 (Sesi Petang)

Tarikh: 28 Mac 2022 hingga 1 April 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat

Masa: 12.30 tengah hari sehingga 6.30 petang

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan 2

1. Mohd Hadri bin Ag Idris (K)
2. Suriyana binti Salim @ Nanyan (P)
3. Afandi bin Mat Zin
4. Nor Latipah binti Che Yusoff
5. Nor Holwani binti Yahaya
6. Nur Wahidatuldinah binti Hassan
7. Nornadzirah binti Abd Rahim
8. Ummu Athiah binti Haji Hashim
9. Nor Saadah binti Abd Halim
10. Ranjiny a/p Rajah

    Alhamdulillah, perjalanan dan pengurusan sekolah pada minggu ini berjalan lancar. Kehadiran murid-murid disambut dengan ceria oleh pentadbir, guru bertugas dan guru Bimbingan dan Kaunseling untuk program Guru Penyayang di pintu pagar A dan B. Semua murid yang hadir juga sudah biasa dengan rutin harian SOP masuk ke sekolah menyebabkan perjalanan masuk ke kelas lebih cepat dan teratur. Begitu juga pada waktu balik, murid menggunakan laluan yang telah ditetapkan menuju ke pagar A atau B dan beratur di bawah khemah mengikut tanda kelas yang dikhususkan untuk menunggu ibu bapa atau penjaga.

Berikut gambaran perjalanan sekolah sesi petang pada minggu ini.

Kedatangan Murid di Pagar A

Kedatangan Murid di Pagar B

Murid-murid berkumpul di dewan sementara menunggu pertukaran sesi untuk masuk ke kelas.

Suasana waktu rehat

Program Transisi Tahun 1 masih lagi diteruskan.

Perbincangan penyelarasan masa pengoperasian prasekolah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM

Menyampaikan sumbangan KKGK kepada Cikgu Malisha atas pemergian ibu tersayang tempoh hari. Semoga keluarga tabah dengan ujian Allah SWT.

Sesi bergambar semua guru dan staf SKTPP.

    Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas Kumpulan 2 atas komitmen dan saling membantu dalam melaksanakan tugas sepanjang minggu ini. Semoga beroleh keberkatan dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.


Disediakan oleh;
Pn. Nor Latipah Binti Che Yusoff

Laporan Bertugas Minggu ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh : 28 Mac 2022 hingga 1 April 2022

Hari    : Isnin hingga Jumaat
Masa  : 7.00 pagi hingga 1.30 petang


Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan B

1.  Musaliha binti Mustafa (K)

2.  Roslinda binti Mansor (P)

3.  Safinatunajakh binti Mat Som

4.  Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

5.  Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

6.  Roseniza binti Setapa

7.  Rosmawati binti Md Desa

8.  Jamilah binti Mohd Yusof

9.   Rafidah binti Salleh

10. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

11. Wan Faizol bin Wan Mat

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin

 

Barisan Guru Bertugas Kumpulan B

Minggu ini merupakan minggu kedua sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023.


Alhamdulillah, kehadiran murid pada minggu ini berjalan lancar dengan mematuhi SOP pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak membenarkan ibu bapa/penjaga menghantar anak ke dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan kesesakan dan penularan wabak Covid 19. 

 

Kehadiran Murid di Pintu Pagar B

Kehadiran Murid di Pintu Pagar A

Waktu Rehat

Begitu juga pada waktu pulang, murid-murid sentiasa mematuhi arahan yang diberikan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Kerjasama daripada semua pihak telah melancarkan perjalanan persekolahan pada minggu ini.

Suasana di Tangga UTM

Murid Pulang Melalui Pagar A

Murid Pulang Melalui Pagar B

Warga SKTPP mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga puasa kita lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Insya Allah.


Disediakan oleh : 

Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin

Program Transisi Tahun 1 : Minggu Kedua (28 Mac -1 April 2022)


Program Transisi adalah antara program yang perlu didedahkan kepada murid-murid. Ia juga merupakan sebagai fasa persediaan kepada Murid Tahun Satu dengan tujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.

Episod kali ini merupakan Minggu ke-2 Program Transisi. Ia berjalan dengan lebih baik. Murid-murid kelihatan sudah dapat menyesuaikan diri di dalam bilik darjah, di persekitaran sekolah dan juga dapat membina hubungan yang baik dengan rakan sebaya. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa dan guru telah membantu murid-murid menyesuaikan diri di persekitaran yang baru.

Pada minggu ke-2, program ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan dan rehat. Antara aktivitinya ialah latihan menyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Murid-murid diberi penerangan tentang takrifan bentuk dan warna logo sekolah. Guru melaksanakan pentaksiran bilik darjah dengan menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran prabaca, pratulis dan pranombor bagi murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut. Murid-murid juga dapat menyiapkan buku latihan transisi dengan baik. Fasa ini bertujuan menyediakan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran, seterusnya disamping menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.

Gambar-gambar yang dirakam pada Minggu ke-2


Murid-murid berkumpul didewan sebelum masuk ke kelas mengikut kumpulan kelas masing-masing


Saat ini mereka telah faham tentang disiplin yang perlu mereka patuhi. Mereka berada dalam barisan yang tersusun dan menjaga tingkahlaku dengan tertib

Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah sedang memberi taklimat tentang pengurusan sekolah

Pergerakan murid untuk naik ke kelas bersama guru mata pelajaran

Sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid-murid sangat teruja dengan aktiviti Program Transisi yang dijalankan. Mereka bersungguh-sungguh memberi perhatian dan sentiasa bersemangat

Mereka dengan cekap menyiapkan aktiviti-aktiviti yang disediakan

Masa rehat murid Tahun 1 pada pukul 3.20. Mereka membeli makanan di kantin dan makan di dalam kelas yang diawasi oleh guru mata pelajaran

Murid-murid membuat barisan di luar kelas pada waktu balik. Jelas kelihatan seronok pada wajah mereka sewaktu sesi persekolahan tamat  

     Syabas kerana sentiasa bersemangat dan selamat melangkah ke alam persekolahan!

Disediakan oleh

Salmi binti Adnan