Friday, April 8, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

Tarikh : 4 April 2022 - 8 April 2022 

Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang

Senarai guru bertugas kumpulan C

  1. Rosmizawati binti Yusub
  2. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
  3. Faridatul Akmal bin Ismail
  4. Junaidah binti Rus
  5. Nur Murni binti Abdullah
  6. Nurul Iman binti Illyas
  7. Ahmad Musrizuan bin Daud
  8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  9. Mazzaini binti Muda
  10. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar
  11. Muhammad Afiq bin Azli
  12. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sepanjang minggu ini. Bermula dengan hari Isnin, murid hadir kelihatan bersemangat walaupun merupakan hari pertama berpuasa. Murid yang hadir, mengikuti SOP seperti biasa.







Memandangkan majoriti murid berpuasa, murid non-Muslim dan yang tidak berpuasa ditempatkan di suatu kawasan khas untuk makan ketika waktu rehat dengan dipantau oleh guru bertugas.



Pada hari ini juga, sekolah menerima dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan iaitu Cik Nurliana Aqilah bt Saman dan Cik Nur Fatin Farhanah binti Rahim yang menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula 4 April sehingga 8 April 2022.



Sekolah menerima kunjungan pemantauan SPBT pada hari Selasa (5 Mei 2022). Menerusi kunjungi tersebut, pihak PPD memantau perjalanan gerak kerja proses persiapan menjelang pertandingan yang akan berlangsung. Taklimat daripada pihak pemantau membantu para AJK dan ketua bahagian mendapat info dan idea bagi melancarkan lagi persiapan dan persediaan untuk menghadapi Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2022 pada bulan hadapan.










Selesai sesi taklimat dan perkongsian idea di Terminal Mufakat, pihak pemantau dibawa melawat Ujana Ilmu dan Bilik PPDa sekolah..






Terima kasih atas bimbingan dan khidmat bantu


Dalam kesibukan menerima kunjungan pemantau, pihak sekolah berkesempatan menyampaikan sijil kepada peserta Hippo English Language Olympiad Peringkat Kebangsaan di bawah bimbingan Puan Parimala. Tahniah diucapkan!



Seterusnya, pada hari Rabu, sekolah menerima pula kunjungan pemantauan CUP3 oleh pihak PPD. Pegawai PPD tersebut, Encik Syariman dan Encik Said turut meluangkan masa memberikan taklimat khidmat bantu dan tunjuk ajar kepada para ketua panitia.




Menutupi minggu bertugas, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan. Puan Guru Besar melakukan gimik memotong riben pada gegantung sebagai simbolik pelancaran. Seterusnya Ustazah Nurzainon menerangkan perancangan program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan kepada murid-murid.




Semoga semua aktiviti yang dirancang mendapat sambutan baik dari murid-murid

Selesai majlis ringkas pelancaran Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah & Tabung Kasih Ramadan, taklimat diteruskan oleh GPK Kokurikulum; Pn. Fauziah Salehoddin perjalanan aktiviti kokurikulum norma baharu.

Alhamdulillah. Dalam kepadatan pelbagai aktiviti dan kunjungan, segalanya berjalan lancar dan terkawal. Moga segala amanat, ilmu dan perkongsian yang diperolehi dapat digunakan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Disediakan oleh,
Nurul Iman binti Illyas

No comments:

Post a Comment