... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 18, 2011

Laporan Perhimpunan Minggu 26(sesi pagi)






Hari : Isnin

Tarikh : 18 Julai 2011


Masa : 7.30 – 8.15 pagi


Guru Bertugas :


Pn. Nor Hanawati Alinda


Pn. Siti Rabiaah Mohammad


Pn. Zainur Jimah


Pn. Nor Zainon Razali


Pn. Nor Azila Ngah


Pn. Kwa Jin Nee


Cik Nur Shuhada Mohd Noor


En. Zulkifli


En. Nurul Fakri b Ali


Laporan / Ulasan :


1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Aiman Hakim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Nurul Fakri
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hafiz.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Nor Hamizah)



1) Tingkah laku murid – suka mengambil barang yang bukan hak milik sendiri.


2) Kehadiran Murid - murid yang tidak sihat dinasihatkan supaya tidak hadir ke sekolah.


3) Program DEAR - Murid-murid disarankan membawa buku cerita untuk dibaca semasa program dijalankan.


4) Kebersihan kelas - Murid-murid diminta sentiasa menjaga kebersihan kelas masing-masing.Kelas Terbersih minggu lepas:


Tahun 4 : 4 Merak


Tahun 5 : 5 Linux


Tahun 6 : 6 Carnation




Ucapan Guru Bertugas (En. Nurul Fakri b. Ali)


Tema : Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih



Guru bertugas meminta semua pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat merealisasikan semua impian terutamanya murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.Mereka juga dinasihatkan supaya buangkan sifat malas yang ada dalam diri sesuai dengan tema pada minggu ini.


LAWAD hari ini :


Bahasa Melayu – Peristiwa( sesuatu yang berlaku menarik perhatian,


Kejadian atau perkara.


Bahasa Inggeris –Climate(iklim)
Bahasa Arab –Faakihatun (buah-buahan)

Ucapan Guru Besar :


Terdapat beberapa perkara yang diingatkan oleh Tuan Guru Besar iaitu :


1. Guru juga disebut sebagai role model di mana guru perlu berkerjasama untuk menjalankan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar dapat merealisasikannya.


2. Untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan juga, kita perlu melakukan pelbagai usaha yang berterusan agar dapat mencapai matlamat tersebut selaras dengan tema pada minggu ini iaitu Hendak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih. Khususnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.


3. Peringatan kepada murid supaya tidak berkelakuan tidak baik (seperti mencuri hak orang lain) dan aktiviti-aktiviti tidak sepatutnya dilakukan bagi mengelakkan daripada terus berlarutan melakukan aktiviti tersebut sehingga dewasa.


4. Guru Besar juga mengulas tentang Program DEAR, beliau berasa bangga kerana murid-murid dapat menjalankannya dengan begitu baik sekali. Selain itu, beliau telah membuat pentaksiran formatif dan pemerhatian terhadap murid-murid. Kebanyakan mereka membaca buku teks dan buku tulis. Beliau berharap agar murid dapat meneruskan program ini dengan pembacaan buku cerita yang boleh dipinjam dari PSS.


5. Beliau mengingatkan murid-murid dan guru-guru agar tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya dapat menghasilkan kerja yang sempurna.





Murid-murid sedang mendengar ucapan guru bertugas.





Murid-murid sedang khusyuk mendengar


ucapan Guru Besar .





Guru Besar sedang menyampaikan ucapan kepada


murid-murid.





No comments:

Post a Comment