Wednesday, May 23, 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


Alhamdulilah, pada 22 Mei 2012, telah berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah yang dihadiri oleh semua guru-guru dan dilaksanakan dalam dua sesi. Penceramah yang begitu berkaliber dan penuh dengan informasi, Ustaz Mahadir bin Midon, telah berjaya menarik minat semua peserta dalam menghayati ilmu yang sangat berguna untuk melahirkan insan yang lebih sempurna. Pengisian bertemakan kematian dan pengurusannya telah membuka minda peserta sebagai persediaan awal untuk mengharungi saat di mana janji pasti ditepati iaitu KEMATIAN. Berikut ialah paparan gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung.


Kesungguhan Ustaz Mahadir dalam menerangkan isi kandungan ceramah. 
Antara ulasan yang dibentangkan.
Peserta kursus menberi sepenuh perhatian sambil mencatat info-info penting
Peserta kursus sesi petang (Slot 1)

Slot Kedua untuk guru sesi pagi
1.00 - 3.00 petang

Barisan guru lelaki sesi pagi

Sebilangan besar guru perempuan sesi pagi yang menghadiri kursus ini

Penceramah kursus, Ustaz Mahadir memberikan penerangan kepada semua guru dengan penuh bersemangat

Sememangnya kursus ini telah berjaya menambahkan pengetahuan guru-guru SKTPP terutama dalam bidang pengurusan jenazah.  Semoga kursus sebegini dapat dianjurkan lagi pada lain masa.



No comments:

Post a Comment