Friday, May 25, 2012

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2012

Proram perkhemahan perdana unit beruniform SK Taman Perdana telah berlangsung mengikut butiran:

Tarikh                  : 19 dan 20 Mei 2012
Masa                    : 7.30 pagi (Sabtu) hingga 4.00 petang (Ahad)
Tempat                : SK Taman Putra Perdana
Bilangan peserta   : 201 orang
Unit Terlibat        : BSMM, Puteri Tunas, Puteri Islam, Pengakap dan TKRS.
Penganjur            : Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana.

Objektif penganjuran perkhemahan pada kali ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta aspek-aspek asas perkhemahan yang mungkin boleh diaplikasikan dalam perkhemahan yang lebih mencabar.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar:
1.     Kawad kaki
2.     Treasure hunt
3.     Persembahan kebudayaan
4.     Permainan Si Buta
5.     Ikatan dan balutan
6.     Ikatan dan Balutan

Keseluruhannya dalam beberapa pertandingan yang dijalankan keputusannya:

1.     Johan kumpulan     : Kumpulan 6 dari Unit Tunas Puteri
2.     Naib johan             : Kumpulan 8 dari Unit Puteri Islam
3.     Ketiga                    : Kumpulan 4 dari Unit BSMM

Dua orang pelajar terpilih sebagai peserta terbaik perkhemahan:
1.     Lelaki                      : Muhammad Muaz Alradzi bin Abdullah
2.     Perempuan              : Siti Khatijah bt Yahya

Encik Ahmad Fuadi bin Sarham selaku Penolong Kanan Kokurikulum telah sudi menyampaikan hadiah, sijil dan merasmikan majlis penutupan Perkhemahan Perdana, SK Taman Putra Perdana 2012.



                             Persembahan murid PPKI yang menyertai pekhemahan
                                                   Latihan kawad kaki
                                        Mendengar taklimat perkhemahan
Kawad kaki pasukan BSMM

                                                     Memasang khemah
Persembahan dari PPIM
Membuat gajet

No comments:

Post a Comment