Tuesday, October 23, 2012

HARI INOVASI DAN KERJAYA


PENGENALAN
Hari Inovasi dan Kerjaya merupakan satu program untuk melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Program ini menjadi satu wahana untuk memberi peluang kepada murid-murid bagi mencetus idea-idea baharu secara kreatif sekaligus merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagi melebarkan sayap dalam memperkembangkan potensi individu dalam memenuhi aspirasi negara, sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Hari Inovasi dan Kerjaya ini.
Hari Inovasi ini telah berlangsung semalam iaitu Isnin bersamaan 22 Oktober 2012 dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang di SK Taman Putra Perdana.

OBJEKTIF
1. Merangsang minat murid-murid dengan memberi ruang kepada mereka untuk berkreatif dan berinovasif dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran serta berkeperibadian mulia.
2. Membina semangat kerja berpasukan dalam mencetus gagasan pemikiran inovatif dan berdaya saing.
3. Memberi peluang kepada murid-murid yang bertugas di meja pameran berinteraksi dengan pengunjung dengan bertatasusila.
4. Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang beberapa kerjaya.

Unit Prasekolah,Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Selangor melakukan demo Pengajaran dan Pembelajaran kepada murid PPKI sambil dirakam oleh jurukamera Filem Negara Malaysia.

ATUR CARA
MASA
ACARA
TEMPAT
7.30-8.15
Perhimpunan pagi & perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin Bin Juki.
Dataran Perhimpunan
9.00-12.30
Pameran untuk murid sesi pagi
Bilik KH/Dewan Perdana/Makmal Komputer 1/Aras Bawah Tahun 4
1.00-2.00
REHAT
2.00-5.00
Pameran untuk murid sesi petang
Bilik KH/Dewan Perdana/Makmal Komputer 1/Aras Bawah Tahun 4
5.00
ATUR CARA TAMAT

Murid Pra sekolah ingin bersalaman dengan robot yang dipamerkan oleh Sasbadi Sdn Bhd.
Warga SKTTP yang terlibat dalam pameran ialah
Unit Beruniform TKRS, BSMM, Puteri Islam, pengakap, Puteri Tunas, Panitia Pendidikan Seni dan Visual, panitia Pendidikan islam dan bahasa Arab, Panitia kemahiran Hidup, kumpulan pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pasukan Robotik dan Uteka.





Pihak luar turut menjayakan Hari Inovasi ini iaitu


AGENSI/INDIVIDU
PAMERAN
1
Unit Pra Sekolah,Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Selangor
Bahan Bantu Mengajar Prasekolah
2
Pn Nino dan keluarga
Inovasi gajet harian dan origami
3
SK Hulu Kelang
Inovasi Bahan Bantu Mengajar Pemulihan Khas
4
Sasbadi Sdn Bhd
Pameran robotik
5
En Lukman Hakim Bin Omar
Pameran Robotik
6
Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK
Pameran Bas Bergerak
7
Unit Animasi Filem Negara Malaysia
Kerjaya Juruanimasi
8
YDP PIBG SKTPP
Pameran dan Jualan Buku

Tidak ketinggalan juga pihak Filem Negara Malaysia turut membuat liputan mengenai Hari Inovasi dan Kerjaya di SKTPP untuk arkib pihaknya.

Guru dan Murid SKTPP tidak melepaskan peluang bergambar dengan bas Khas dari AADK

Murid-murid SKTPP sedang mengumpul maklumat di dalam bas pameran AADK

SK Hulu Kelang dengan pameran Inovasi Bahan Bantu Mengajar Pemulihan Khas.



Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayaka Hari Inovasi dan Kerjaya ini. Semoga semua warga SKTPP mendapat ilmu daripadanya.

Lagi gambar Hari Inovasi dan Kerjaya klik
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.501844116506647.119626.100000431887887&type=3

No comments:

Post a Comment