Monday, October 22, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39 (SESI PAGI)

Hari:        ISNIN
Tarikh:    22 Oktober 2012
Masa:      7.30 - 8.25 Pagi

GURU BERTUGAS: 

  1. En Zaidi Mahmat (K)
  2. Pn Astina Mahad
  3. Pn Siti Rabiah
  4. En Mahathir Midun
  5. Pn Azwani Md Noordin
  6. Pn Rosmawati Desa
  7. Pn Nurliza Ab Rahman
  8. Cik Noor Azlinda Kasmin


LAPORAN

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa ole adik Kamal Aizam (6 Xenix)
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh En. Mahathir bin Midun
  • Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)

2. Laporan/ Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn. Nurshakila bt Rusly)

  • Beliau mengingatkan murid-murid supaya tidak merayau-rayau sewaktu rehat. Waktu rehat diperuntukan untuk murid bersarapan.
  • Murid-murid perlu memastikan keadaan bilik darjah mereka sentiasa bersih walaupun sewaktu minggu peperiksaan. Murid yang bertugas perlu membersihkan kelas seperti biasa. Kelas yang bersih dapat membuatkan murid menjawab peperiksaan dengan tenang.

3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas


  • PPKI
  1. Semangat
  2. Tabah


  • Tahun 4


  1. Seraya
  2. Jati
  3. Resak
  • Tahun 5
  1. Merbuk
  2. Merpati
  3. Belatuk
  • Tahun 6
  1. Xenix
  2. Windows
  3. Palm
4. Ucapan guru bertugas minggu ini ( En. Mahathir bin Midun)
  • Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
  • Tema minggu ini :  Kesopanan dan Kesusilaan
  • Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
                         
5. Perkataan LAWAD
  • BM : Dermaga  = Tembok Batu
  • BI   : Youth          = Remaja
  • BA : مبراة =  Pengasah pensel

6. Minggu Usahawan Tahun 6

  • Pn. Maimunah mengucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang berusaha dalam menjayakan Minggu Usahawan iaitu pada 10 -12 Oktober 2012.
  • Minggu Usahawan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dunia perniagaan serta mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas
  • Tahniah kepada kelas-kelas yang telah mendapat keuntungan tertinggi. Berikut adalah senarai kelas mengikut keuntungan yang tertinggi.
  1. 6 Xenix 
  2. 6 Windows
  3. 6 Solaris
  4. 6 Novell
  5. 6 Midori
  6. 6 Unix
  7. 6 Symbian
  8. 6 Palm
  9. 6 Linux
7. Ucapan Hari Inovasi dan Kerjaya - Pn. Mazaini
  • Hari Inovasi bertujuan mencungkil daya kreativiti murid dan guru dalam mencipta sesuatu yang berinovasi. 
  • Murid boleh melawat ruang pameran bermula pada pukul 9.00 pagi.
8. Ucapan Guru Besar ( En Sukimin b Juki)
  • Murid diingatkan supaya jadikan angan-angan itu sebagai cabaran supaya tercapai. Janganlah jadikan angan-angan hanya sebagai angan-angan Mat Jenin. Setiap angan atau impian itu kalau diusahakan pasti akan berjaya. 
  • Idea-idea yang kreatif dan inovatif dapat mencipta sesuatu yang luar biasa. 
  • Guru dan murid terpilih akan membuat Pameran di KL Convention Centre sempena National Innovation Conference and Exhibition (NICE) pada 5-7 November 2012.
  • Murid-murid boleh mengetahui cabang kerjaya melalui pameran yang disediakan. Oleh itu murid perlu mengambil maklumat sebanyak mungkin untuk memilih kerjaya yang menjadi pilihan. 
  • Guru Besar merasmikan Hari Inovasi dan Kerjaya 2012.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.25 pagi


No comments:

Post a Comment