Monday, May 18, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu 18 (Sesi Petang)

Hari         : Isnin
Tarikh     : 18 Mei 2015
Masa       : 1.20 - 2.30 petang

Guru Bertugas :
1. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain (Ketua)
2. Puan Grace a/p Danaraj
3. Puan Nur Malisha binti Omar
4. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
5. Puan Nor Suriati binti Ismail
6. Puan Nurazlin binti Mat Nor
7. Encik Muhamad Zainudin bin Kalam


Laporan:

·                      Pengacara majlis adalah Puan Nur Malisha binti Omar
·                     Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
·                     Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
·                     Bacaan doa dipimpin oleh Adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
·                     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nur Malisha binti Omar
·                     Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang


2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nor Arzah binti Hussin)
     
1.       Beliau menegur murid-murid agar jangan bermain di kawasan dataran pada waktu rehat.
2.       Beliau juga memberi teguran terhadap murid-murid yang suka berada di kedai buku walaupun loceng sudah dibunyikan selepas rehat, terutama murid-murid Tahun 3.
3.       Beliau turut mengingatkan agar jangan buang sampah di merata tempat. Buang plastik  makanan ke dalam tong sampah.


3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Nur Malisha binti Omar)

1.       Puan Nor Hamizah bt Hamzah  memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
      
4.0      Pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas pada minggu lepas ditangguhkan kerana minggu tersebut adalah minggu PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015.


5.0 Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – melarik : ukir
Bahasa Inggeris – tunnel : terowong
Bahasa Arab – : baldi

6.0  Penyampaian hadiah harijadi untuk guru-guru yang lahir pada bulan April. Puan Rosmah binti Jamat selaku Penyelia Petang menyampaikan hadiah tersebut kepada barisan guru-guru tersebut. Diantaranya adalah:
- Puan Norazian binti Ahmad
- Puan Ranjini a/p Rajah
- Puan Azura Farina binti Abullah

7.0 Memandangkan pada hari Sabtu bertarikh 16 Mei adalah Hari Guru 2015, maka Penyelia Petang, Puan Rosmah binti Jamat, menyampaikan perutusan daripada Menteri Pelajaran  manakala perutusan daripada Pengarah KPPM disampaikan oleh Puan Rozimah, Guru Bimbingan dan Kaunseling.
       Tema Hari Guru pada tahun 2015 adalah Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh semua warga pendidik sesi petang SKTPP dengan bersemangat dan dedikasi.
Pengacara Majlis, Puan Nur Malisha bt Omar
Pn Nor Arzah, wakil guru bertugas minggu lepas menyampaikan laporannya
Barisan guru bertugas minggu ke-18
Pn. Ranjini menerima hadiah harijadinya
Pn. Rozimah menyampaikan perutusan sempana Hari Guru daripada Pengarah KPPM .
Penyelia Petang, Puan Rosmah binti Jamat, menyampaikan perutusan daripada Menteri Pelajaran.

Guru-guru sesi petang SKTPP menyanyi lagu Guru Malaysia.

Pn. Azura Farina menerima hadiah harijadinya
Pn. Nor Azian  menerima hadiah harijadinya

No comments:

Post a Comment