Wednesday, May 6, 2015

Pertandingan Kompang Selawat 2015

Pada 6 Mei 2015 telah berlangsung Pertandingan Kompang Selawat anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bertempat di SK Taman Pantai Sepang Putra, Sepang. Alhamdulillah, pada tahun ini SKTPP buat julung-julung kalinya telah menghantar sepasukan pelajar yang diwakili oleh 12 orang pelajar bagi mewakili sekolah  ke  Pertandingan Kompang Selawat tersebut

Sebanyak 4 sekolah telah menghantar wakil ke pertandingan tersebut iaitu SK Taman Putra Perdana, SK KLIA, SK Jenderam Hilir dan tuan rumah SK Taman Pantai Sepang Putra. Pasukan Kompang Selawat SK Taman Putra Perdana telah dibimbing oleh Puan Astina, Ustaz Muhamad Saiffol dan Ustaz Abdul Hafiz.

Alhamdulillah pasukan Kompang Selawat SK Taman Putra Perdana telah menjadi Johan dalam pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang  iaitu Tn. Hj. Mutalib bin Tomran. Pasukan Kompang Selawat SK Taman Putra Perdana  menerima  sijil penghargaan dan piala daripada beliau. Seterusnya pasukan Kompang dan Selawat SK Taman Putra Perdana akan mewakili Daerah Sepang ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Daerah Klang pada bulan Ogos 2015 ini.

Pihak sekolah merakamkan  sekalung tahniah kepada pasukan Kompang dan Selawat SK Taman Putra Perdana atas kejayaan yang sungguh manis ini. Semoga kejayaan yang dicapai ini akan menjadi pencetus semangat kepada semua murid di SK Taman Putra Perdana selepas ini untuk menempa kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. 

Antara gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Sebelum memulakan persembahan



Semasa melakukan persembahan.

Menerima hadiah kemenangan 

Bergambar kenangan bersama Tn. Timbalan PPD Sepang - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran

Disediakan oleh :
Ustaz Abdul Hafiz

No comments:

Post a Comment