Saturday, May 9, 2015

Program Peningkatan UPSR (Teknik Menjawab Matematik)

Bengkel Teknik Menjawab Matematik ini telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP. Program ini melibatkan semua murid tahun 6. Program ini telah diadakan pada :

Tarikh           : 9 Mei 2015
Hari              : Sabtu
Tempat         : Dewan Perdana SKTPP
Penceramah  : En. Zakaria Bin Abd. Rani

Alhamdulillah, kehadiran semua murid Tahun 6 amat menggalakkan. Pihak guru SKTPP amnya dan guru- guru tahun 6 khasnya amat berharap murid-murid dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah disampaikan oleh penceramah seterusnya dapat meraih kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR kelak.

En. Zakaria menyampaikan ceramah "Teknik Menjawab Soalan Matematik".
Murid-murid memberikan tumpuan.
Fokus : semoga murid-murid tahun 6 dapat mengaplikasikan ilmu yang disampaikan.
En. Fuadi menyampaikan cenderamata kepada En. Zakaria.
Terima kasih En. Zakaria - jemput makan dan jemput datang lagi..

Hargailah ilmu yang kau miliki,
Kerana di sebalik ilmu fantasi,
Engkau mengenal pencipta Ilahi,
Nescaya engkau dapat membawa reformasi rabbani...


Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir

No comments:

Post a Comment