Monday, June 15, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 20 (Sesi Petang)


Hari                 : Isnin
Tarikh              :15 Jun 2015
Masa          : 1.20 – 1.50 petang

Guru Bertugas :
1.     Puan Salina Mohd Tasu (K)
2.     Puan Azizah Ab Hamid
3.     Puan Suzelawati Zakaria
4.     Puan Norlida Othman
5.     Puan Ezza Hairani Zainuddin
6.     Ustaz Saiffol Ngabiah

Laporan:

1.0     Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh cikgu Salmi bt Amir.
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Arif Arfan bin Abd Razak.
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azizah bt Ab Hamid
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa bt Mohd Abdul  Aziz.
2.0      Laporan guru bertugas minggu lepas
            - Tiada

3.0       Ucapan Guru Bertugas  (Puan Azizah bt Ab Hamid)
  • Puan Azizah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
  • Beliau memberi info tentang tema Kepentingan Hidup Berdisiplin.
  • Terapkan kehidupan harian dengan disiplin supaya ia  menjadi satu amalan dalam diri murid-murid.
  • Contohnya murid-murid datang ke sekolah pada waktu yang tepat.  
  • Menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
  • Berdisiplin semasa berpuasa iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa
  • Kepentingan menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditepatkan. 
  • Menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
  • Berdisiplin semasa berpuasa iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
  • Kepentingan menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditepatkan. Elakkan meniru kawan.
4.0       Perkataan Lawad

            B.Malaysia  - memperkenankan = mempersetujui
            B.Inggeris   - mat                        = tikar
            B.Arab          -   الملعقة             = sudu

5.0       Pertandingan Keceriaan Kelas
·         
           Tahun 1
           1. Titanium
           2. Elektrum
           3. Platinum

·          Tahun 2
           1. Angklung
           2. Tabla
           3. Gambus

·         Tahun 3
          1. Surgeri
          2. Respiratori
          3. Obstetrik

          Saguhati bagi kelas yang telah memenangi Kelas Terbersih tiga kali berturut turut dari bulan Januari –  Mei:
                        -  1. Uranium
                        -  2. Angkalung
                        -  3. Surgeri

 6.0       Taklimat Mengosongkan Bangunan Oleh  Encik Saifullah
  • Latihan kebakaran akan diadakan pada minggu ini pada bila-bila masa sahaja.
  • Murid-murid hendaklah mengikut peraturan yang dijelaskan ini apabila mendengar isyarat loceng kecemasan.
  • Tidak panik, bertolak-tolak, kecoh, takut dan berlari. Hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
  • Matikan semua kuasa elektrik di dalam kelas.
  • Murid-murid hendaklah beratur di luar kelas dan berkumpul di padang sekolah dalam masa lima minit.
  • Guru kelas menyemak semula kehadiran murid kelasnya. 
7.0       Sambutan Ulang tahun Kelahiran Murid-murid SKTPP bagi bulan Jun.

Ucapan guru bertugas Puan Azizah
Bacaan doa oleh adik Arif Arfan 3 Surgeri

Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa

Pemenang Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 1

Pemenang Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 2
Pemenang Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 3

Hadiah saguhati pemenang Keceriaan Kelas tiga kali berturut-turut

Taklimat Mengosongkan Bangunan oleh Encik Saiffullah
Sambutan Ulangtahun Kelahiran murid-murud bagi bulan Jun

No comments:

Post a Comment