Monday, June 22, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-21 (Sesi Petang)

Hari       : Isnin
Tarikh   : 22 Jun 2015
Masa     : 1.20 – 1.50 petang

Guru bertugas:
1.   Puan Yani binti Mohammad Sharif
2.   Puan Ummu A'thiah binti Hashim
3.   Puan Rozimah binti Yaakob
4.   Puan Norazmira binti Kadirun
5.   Encik Afandi bin Mat Zain
6.   Encik Abdul Hafiz

Laporan

1.0   Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi Amir. Bacaan doa dipimpin oleh adik Arif Arfan bin Abdul Razak. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Ummu A'thiah binti Hashim. Ikrar murid Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz.
 
2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Azizah binti Ab Hamid)
Beliau mengingatkan murid-murid tentang aktiviti pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan. Murid-murid digalakkan untuk belajar berpuasa dan murid-murid yang tidak berpuasa dinasihati agar tidak makan dan minum di tempat terbuka.
Beliau juga menggalakkan murid-murid perempuan untuk memakai tudung sebagai menghormati bulan Ramadhan.
 
3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Ummu A'thiah binti Hashim)
Beliau memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru bertugas. Beliau juga memberi info tentang tema yang bertajuk "Jimatkan Penggunaan Elektrik".

4.0   Perkataan Lawad
Bahasa Malaysia -  memelihara = menjaga
Bahasa Inggeris -  treasure      = harta karun
Bahasa Arab      -  uhibbu        = saya suka

Ucapan Guru Bertugas oleh Puan Ummu A'thiah
5.0   Penyampaian Hadiah

        a) Kebersihan dan Keceriaan Kelas

        Tahun 1
        Pertama   - Titanium
        Kedua     -Vanadium
        Ketiga     - Ferum
 
        Tahun 2
        Pertama     - Angklung
        Kedua       - Gambus
        Ketiga       - Tabla
 
        Tahun 3
        Pertama    - Surgeri
        Kedua      - Obstetrik
        Ketiga      - Anestasiologi

Para Pemenang Keceriaan Kelas

        b) Pertandingan Mewarna Anjuran PTS Media Group

            - Muhammad Dani Akmal (2 Rebana)
            - Adeena Safiyah (2 Rebana)
            - Nurbatrisyia Amalia bin Mohd Ridza (2 Seruling)
            - Mohd Alif Hakimi bin Zahid (2 Rebana)
            - Siti Husaimah binti Nasir (2 Rebana)
            - Nur Zahira binti Zaidi (2 Rebana)
            - Khairul Ikhwan bin Zulkefli (2 Rebana)
            - Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nurkihan (1 Platinum)
            - Laili Nafisah binti Md. Lajis (1 Platinum)
            - Syakeera Maryam binti Khairil Adif (1 Platinum)


Salah seorang pemenang pertandingan mewarna
6.0   Ucapan Penolong Kanan Petang (Puan Rosmah binti Jamat)
Beliau mengingatkan murid-murid tentang nilai murni iaitu mengucapkan terima kasih semasa menerima hadiah. Nilai murni ini semakin kurang dipraktikkan oleh murid-murid sekolah. Beliau turut menggalakkan murid-murid yang beragama Islam agar berpuasa. Murid yang tidak berpuasa dinasihati agar menghormati bulan Ramadhan dengan tidak makan dan minum sesuka hati. Murid-murid juga dinasihati agar duduk dengan tertib dan tidak membuat bising semasa perhimpunan. Murid tidak dibenarkan merayau-rayau semasa perhimpunan berlangsung.


Ucapan Puan Rosmah binti Jamat

Disediakan oleh;
Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment