Wednesday, June 17, 2015

Sambutan Pelancaran Bulan Dakwah, Ihya' Ramadhan & Tabung Ramadhan Sesi Petang 2015

Program Bulan Dakwah adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.

Matlamat:
  • Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat dihayati bersama.
Objektif:
  •   Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah (masa depan).
  • Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
  •  Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
  • Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertangggungjawab untuk berdakwah.
  • Menggambarkan Islam sebagai agama yang syumul.
Sasaran:
  •  Murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6
  • Guru-guru beragama Islam
  • Kakitangan sekolah beragama Islam
      Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung:

Alunan bacaan Asmaul Husna murid-murid diiringi oleh Ustaz Hafiz
Murid membaca doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah
Pengacara Majlis iaitu Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil
Tayangan Video Pendek
Ucapan Perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP

Pelancaran Tabung Ramadhan - kutipan derma pada setiap hari Jumaat
Persembahan Sajak oleh adik Aishah Aqilah bt M.Azizi (2 Tabla)


Ceramah di Ambang Ramadhan oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah
Penyampaian hadiah Pertandingan Kuiz kepada pemenang
Nama Pemenang Kuiz:
1) Muhammad Haziq bin Badrul Hafiz (3 Pediatrik)
2) Liya Nur Aisyah (3 Uranus)
3) Ahmad Shahmy Irfan bin M.Shahrul Nizam (3 Ortopedik)
4) Muhammad Haris Solihin bin Fazly Zaimie (3 Obstetrik)


Disediakan oleh:
Azura Farina binti Abdullah

No comments:

Post a Comment