Monday, August 3, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-27 (Sesi Pagi)

Guru-guru bertugas :
  •     Encik Tarmiji bin Sabali
  •     Puan Halimatun Saadiah bt Hassan
  •     Puan Norhana bt Nordin
  •     Puan Norli bt Hassan
  •     Puan Nurhayati bt Mohammed
  •     Puan Hasliza bt Said
Barisan guru bertugas mingguan
Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Aina Nuradlina.

Bacaan doa oleh adik Asyraaf Aqasha b Mohamad Fazil

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh Encik Tarmiji bin Sabali

Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid iaitu adik Iffah Firzanah bt Zulhazmi

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustazah Wan Rosmawati bt Wan Ibrahim:

  • Beliau menegur sikap murid yang tidak mengendahkan tentang kebersihan.  Beliau menasihatkan agar murid tidak membuang sampah di merata-rata tempat terutama sekali semasa berada di dewan atau di kantin.
  • Beliau berharap murid-murid akan sentiasa menjadi insan yang terbaik.
  • Beliau mengingatkan murid supaya berhati-hati ketika berada di jalanraya supaya tidak berulang lagi kejadian buruk seperti kemalangan yang menimpa seorang murid Tahun 6 Alza baru- baru ini.

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Minggu ke-27:

PPKI
  • Lenovo
  • Compaq
  • Dell
Tahun 4
  • Pluto
  • Zuhrah
  • Neptun
Tahun 5
  • Zeta
  • Omega
  • Sigma
Tahun 6
  • Wira
  • Waja
  • Viva
Ucapan Guru Bertugas (Tema : Senaman)
  • Kebaikan senaman adalah untuk mengeluarkan peluh dan dapat menyihatkan tubuh badan.
  • Apabila tubuh badan sihat dan cergas, maka otak akan turut menjadi cerdas.
  • Keselamatan semasa bersenam juga perlu diambil berat agar tidak berlaku kecederaan ketika bersenam.
  • Pakaian sewaktu bersenam hendaklah sesuai dengan aktiviti yang hendak dijalankan.
Ucapan guru bertugas oleh Cikgu Tarmiji b Sabali
Ucapan Tn. Hj. Ahmad Fuadi b Sarham (GPK 1)
  • Beliau menegur sikap murid yang masih kurang berdisiplin semasa perhimpunan rasmi berjalan iaitu dengan membuat bising
  • Murid Tahun 6 sepatutnya duduk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal tiba tidak lama lagi.
  • Beliau juga menasihatkan murid supaya menjaga solat lima waktu dan menjaga waktunya.
  • Saranan beliau lagi agar murid kurangkan bercakap dan tingkatkan usaha
Ucapan Oleh Tn. Hj. Ahmad Fuadi b Sarham

Pengumuman Tambahan


  • Kepada murid yang berminat untuk menyertai Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka anjuran PPKI, masih terdapat enam tempat kosong dengan bayaran sebanyak RM80.00.
Pengumuman tambahan oleh Puan Norhayati bt Yusoff

No comments:

Post a Comment