Monday, August 24, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-30 (Sesi Petang)

Hari:                Isnin

Tarikh:             24 Ogos 2015


Masa:               1.20 – 1.50 petang

 


1.0 Guru Bertugas
    •  Pn.Azura Farina Binti Abdullah
    •  Pn.Nazahiyah Binti Ab Rahman
    •  Pn.Holwani Binti Yahaya
    •  Pn.Salmi Binti Adnan
    •  Pn.Nora Binti Sabihi
    •  Pn.Saadiah Binti Busrah

Guru bertugas minggu ini

2.0 Laporan

 

  • Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

  • Bacaan doa oleh Adik Arfan.

  • Lafaz Ikrar Rukun Negara oleh Puan Azura Farina.
  • Lafaz Ikrar Keselamatan Jalan Raya.
  • Lafaz Ikrar Murid oleh Adik Nuraneesa selaku Ketua Pengawas sesi petang.

Lafaz Ikrar Murid

3.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas


 Oleh: Pn. Yani Binti Mohammad Sharif



3.1 Disiplin


Terdapat beberapa murid yang cedera kerana berlari-lari ketika rehat dan ada yang bergurau dengan melampaui batas. Murid dinasihatkan supaya tidak berlari ketika keluar dari kelas menuju ke kantin dan ketika balik.

3.2 Kebersihan di kantin


Murid dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin dan semua bekas sisa makanan dan minuman hendaklah dibuang di dalam bakul sampah yang telah disediakan oleh pihak kantin.

4.0 Ucapan Penolong Kanan Petang


 Oleh: Pn. Rosmah Binti Jamat

4.1 Kebersihan pakaian dan kasut : Murid dinasihatkan supaya sentiasa berkeadaan bersih dari segi pakaian dan kasut sekolah.


4.2 Hormati azan : Murid dinasihatkan supaya sentiasa menghormati azan yang dilaungkan oleh murid yang dilantik.

5.0 Hadiah Kebersihan Kelas


Keputusan pertandingan keceriaan kelas minggu ke-27

Kedudukan
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Pertama
Titanium
Angklung
Surgeri
Kedua
Aurum
Tabla
Ortopedik
Ketiga
Elektrum
Kompang
Obstetrik

Puan Rosmah menyampaikan hadiah kepada para pemenang  kebersihan kelas


6.0 LAWAD


     Bahasa Melayu:  Cangkerang (Kulit yang keras)
     Bahasa Inggeris:  House (rumah)

     Bahasa Arab    :  Usrati (keluarga)


7.0 Pemenang Pertandingan Folio Kerjaya


Puan Arzah selaku guru Bimbingan dan Kaunseling mengumumkan pemenang Pertandingan Folio Kerjaya
Anjuran: Bimbingan dan Kaunseling

Tujuan: Untuk memahami bidang kerjaya di samping mewujudkan kerjasama antara ahli.

Pemenang Pertandingan:


      Tempat Pertama
·         Dahlia Efeina Binti Muhd Hairi (Surgeri)
·         Nur Aqilah Binti Mohd Ramiza (Respiratori)

Tempat Kedua
·          Nur Afiah Safiya Binti Yusnizam (Surgeri)
·          Nurin Shahera Binti Roslan (Surgeri)

Tempat Ketiga
·         Muhd Izzat Muhd Zaihan (Surgeri)

Saguhati        
·         Muhammad Ziyyad Isqandar Bin Azemel (Surgeri)

·          Nuradeena Sofea Binti Iz.Rizar (Surgeri)

8.0 Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah


Dilancarkan oleh Puan Rosmah Binti Jamat selaku Penolong Kanan Petang.
Puan Rosmah memberi penerangan kepada murid tentang sejarah kemerdekaan negara kita.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Kemerdekaan ini adalah:
Tahun 1 dan 2 (mewarna poster kemerdekaan)
Tahun 3 (menghasilkan poster kemerdekaan)

Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu "Jalur Gemilang"

Perhimpunan ditamatkan pada jam 2.20 petang

Laporan disediakan oleh;
Puan Salmi Adnan 

No comments:

Post a Comment