Tuesday, August 18, 2015

Takziah Pn. Jamilah

Takziah diucapkan kepada PK HEM SKTPP atas pemergian suami tercinta, En. Zainal Abidin bin Hamzah yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa 18 Ogos 2015. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.
   Didoakan semoga Pn. Jamilah sekeluarga tabah dengan ujian Allah ini. Semoga Pn. Jamilah segera sihat memandangkan Pn. Jamilah baru sahaja dimasukkan ke wad Hospital Putrajaya pada Ahad lepas kerana mengidap penyakit batuk kering. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apapun kami akan sentiasa ada untuk membantu Pn. Jamilah dan anak-anak.  

No comments:

Post a Comment