Friday, May 27, 2016

Ceramah Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2016 (sesi pagi)

Sambutan Israk dan Mikraj merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Muhammad Salami Bin Haji Haji Masri dari Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Puchong Selangor.

Sambutan ini diadakan adalah untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda Rasulullah SAW yang diangkat ke Sidratul Muntaha serta memberi pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memuliakan dan mengingati peristiwa tersebut. Diharap majlis seperti ini dapat menjana potensi murid-murid untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.










No comments:

Post a Comment