Monday, May 23, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 (Sesi Petang)


1. Pn. Zabedah binti Othman (K)
2. Pn. Rabihah binti Amirudin
3. Pn. Maizara binti Mahat
4. Pn. Shurhama binti Ahmad
5. En. Mohd Izwan bin Mohd Jowahar
6. Pn. Tuan Nur’ain binti Tuan Azhar

Laporan/ Ulasan :-

1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Murid-murid bersedia untuk mengikuti perhimpunan mingguan

2. Bacaan doa oleh semua murid dipimpin oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam dari kelas 3 Tabla.

3. Bacaan ikrar murid yang dipimpin oleh adik Aleef Qawiem bin Arzeky dari kelas 3 Kompang

4. Laporan guru bertugas minggu lepas yang disampaikan oleh Pn. Nur Suriati binti Ismail


- Beliau mengingatkan semua murid-murid agar :-

i) Hadir kesekolah seperti biasa walaupun ini merupakan minggu akhir persekolahan

5. Ucapan guru bertugas minggu ini iaitu Tuan Nur’ain binti Tuan Azhar
i) Memperkenalkan guru bertugas minggu ini


ii) Hari Jalinan Mesra akan diadakan pada Khamis 26.5.2016

6. Pengumumam dan penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas

Tahun 1
   Tempat Pertama :Cerdik 
   Tempat Kedua    : Fokus
   Tempat Ketiga    : Gigih

 Tahun 2
   Tempat Pertama : Vanadium
   Tempat Kedua    : Ferum
   Tempat Ketiga    : Platinum

Tahun 3
   Tempat Pertama : Seruling
   Tempat Kedua    : Nafiri
   Tempat Ketiga    : Gambus

7. Ucapan Penolong Kanan Petang : Pn. Jumilah bt Ahmad

i) Mesin penapis air
- Murid-murid dinasihatkan supaya menggunakan mesin penapis air dengan sebaik-baiknya.
- Dilarang meludah, basuh kepala atau berkumur-kumur.
- Patuhi peraturan penggunaan penapis air tersebut.

ii) Hari Jalinan Mesra (Khamis)
-Akan dijalakankan bermula jam 2 hingga 5 petang.
- Guru kelas akan berbincang tentang prestasi murid bersama ibu bapa masing-masing.
- Murid boleh pulang bersama ibu bapa yang hadir manakala bagi murid yang ibu bapanya tidak hadir perlu balik seperti biasa mengikut jadual.

Iii) Minggu terakhir penggal persekolahan 1.
-Sekolah akan bercuti selama 2 minggu.
- Sepanjang cuti murid- murid dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dengan mengelakan bermain di kawasan lombong, jalan raya serta tempat-tempat yang membahayakan diri sendiri.

iv) Karnival Amal Sri Nur Hikmah.
-Berlangsung pada hari Sabtu 28.5.2016 di padang sekolah ini.
- Tiket akan mula dijual mulai esok sehingga hari berlangsung karnival tersebut.

Perhimpunan tamat pada pukul 2.00 petang.










No comments:

Post a Comment