Friday, May 27, 2016

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2016 (Sesi Petang)

Alhamdulillah pada hari ini Jumaat 27 Mei telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid sesi petang. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya.

Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk murid Tahun 1 dan ceramah untuk murid Tahun 2 dan 3. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhli bin Haji Harun yang merupakan Pengarah Urusan Fmac Group.  Berikut ialah gambar di sepanjang program tersebut.

Murid Tahun 1 gembira mewarna
Aksi Tahun 1 mewarna
Murid mendengar ceramah yang disampaikan
Tayangan video semasa ceramah
Cenderahati kepada penceramah jemputan

Disediakan oleh : Norazah dan Ummu Athiah

No comments:

Post a Comment