Sunday, August 21, 2016

Bengkel Pandu Puteri Tunas 19 - 21 Ogos 2016

     Dua orang ahli Pandu Puteri Tunas SK. Taman Putra Perdana bersama enam orang ahli Pandu Puteri Tunas Daerah Sepang telah menyertai Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan ( BATHKPC ) 2016 yang dilaksanakan pada 19 - 21 Ogos 2016 bertempat di Rumah Pandu Puteri Selangor. Mereka ialah  Amirah Syazana binti Samsuri dan Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini dari kelas 5 Zuhrah.  Enam ahli Pandu Puteri Tunas yang lain adalah dari SK Jenderam Hilir (1), SK Taman Seroja (3) dan SK Sg. Merab Luar (2).

     Sebelum mereka layak menyertai bengkel ini peserta terbabit telah pun menjalani beberapa siri bengkel / kem mulai tahun 2015 di Kem Princess Haliza. Tahun 2016 di SK Taman Cuepac,  di SMK Dato Abu Bakar Baginda dan berakhir di Rumah Pandu Puteri.

     Pada setiap bengkel yang dihadiri,  ahli Pandu Puteri Tunas dikehendaki menyiapkan Log peribadi dan Log Kecekapan. Sebelum mereka layak dinilai oleh penguji,  ahli Pandu Puteri Tunas perlu menyiapkan 9 Log kecekapan mengikut syarat yang telah dinyatakan beserta dengan gambar aktiviti dan penilai. Hasil kerja keras pemimpin dan ahli Pandu Puteri sendiri lapan orang calon Daerah Sepang telah LULUS dan mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.

     Sehubungan itu kesemua lapan ahli Pandu Puteri Daerah Sepang telah layak ke peringkat kebangsaan di mana log kecekapan mereka akan dinilai sekali lagi pada 21 September 2016. Seterusnya lapan ahli Pandu Puteri Tunas ini juga berpeluang menghadirkan diri pada hari penganugerahan atau sambutan 100 tahun pergerakan Pandu Puteri yang akan diadakan di Gambang pada bulan November nanti. Pada majlis ini juga akan diumumkan keputusan "Anugerah Princess"

     Puan Sri Aisha binti Haji Samsudin, selaku Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor telah hadir menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang serta merasmikan majlis penutup bengkel ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI PANDU PUTERI TUNAS!

Hurin Batrisyia menerima sijil penyertaan

Amirah Syazana menerima sijil penyertaan

Lapan orang ahli Pandu Puteri Daerah Sepang


Peserta bengkel bergambar bersama Puan Sri Aisha

No comments:

Post a Comment