Monday, August 29, 2016

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Sesi Petang

Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Bulan Bahasa disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan setiap tahun.

Bulan Bahasa SK Taman Putra Perdana berlangsung dari 29 Ogos 2016 hingga 7 Oktober 2016. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.

OBJEKTIF BULAN BAHASA
1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu

2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK Taman Putra Perdana. Antaranya tulisan cantik, mencari benda tersembunyi, mencari sisip suku kata, membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap 1. Manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 2.
 
 Berikut adalah gambar yang dirakamkan sepanjang majlis:

Puan Salmi bt Amir selaku Pengacara Majllis Bulan Bahasa Sesi Petang 2016

Puan Hajah Rohaidah memukul gong sebagai simbolik Pelancaran Bulan Bahasa

Acara Memotong Pulut Kuning

Wajah-wajah guru Bahasa Melayu sesi petang



Disediakan oleh:

Puan Azura Farina binti Abdullah
Guru Bahasa Melayu Tahun 1 



No comments:

Post a Comment