Monday, August 1, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh: 01 Ogos 2016
Tempat: Dewan Perdana
Masa: 7.30 - 8.30 pagi

Guru Bertugas Kumpulan B:

  • Ustaz Mahadir bin Midun
  • Puan Nurliza binti Ab Rahman
  • Puan Julaili binti Onian
  • Puan Parimala a/p Vengadaslam
  • Puan Nurzainon binti Mohd Razalli
  • Puan Nurul Iman binti Illyas
  • Puan Rafidah binti Salleh
  • Puan Nor Sakila binti Mohamad

Laporan/Ulasan:

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Aminurrashid.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan Julaili binti Onian.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas, Asyraaf Aqasha.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Noriza binti Md Nor.
  • jangan biarkan sampah bertaburan di dalam kelas.
  • kutip sampah di sekeliling meja masing-masing.
  • elakkan membuat bising semasa beratur di Dewan Perdana selepas waktu rehat.
  • naik ke kelas mengikut barisan kelas masing-masing dengan diiringi oleh pengawas bertugas.
  • tutup suis lampu dan kipas semasa waktu rehat dan juga semasa pergi ke bilik-bilik khas.
  • buang sampah ke dalam tong sampah.
  • sebelum balik selepas tamat waktu persekolahan, pastikan suis lampu dan kipas ditutup, kerusi meja disusun dan jangan tinggalkan barang/buku/sampah dalam laci meja.
6. Penyampaian hadiah untuk Kumpulan Choral Speaking yang telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda pada 26 Julai 2016 yang lalu. 
  • Kumpulan ini dipimpin oleh Puan Rosmizawati Yusub, Puan Norhana binti Nordin dan Puan Norsiah binti Mohd Noor.
7. Persembahan Choral Speaking oleh Kumpulan Choral Speaking SKTPP. 
8. Penyampaian hadiah untuk aktiviti Pengakap di bawah kelolaan guru-guru Praktikum dari Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam iaitu Cik Marina Maulad Marsal dan Cik Afiqah binti Zainal Arif.
  • Aktiviti ini telah diadakan pada 20 Julai 2016.
  • Aktiviti Masterchef Junior ini diadakan dengan tujuan untuk membentuk sikap kepimpinan dan mencungkil bakat memasak di kalangan ahli pengakap. 
  • Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.
9. Ucapan guru bertugas oleh Puan Julaili binti Onian.
  • Tema ucapan ialah "Kesopanan dan Kesusilaan".
10. Perkataan LAWAD:
  • Bahasa Melayu - corat-coret bermaksud garis yang tidak tentu hala
  • Bahasa Inggeris - endless bermaksud berkekalan
11. Ucapan Puan Azizah binti Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran.
  • beliau mengingatkan murid-murid supaya jangan rosakkan harta benda sekolah terutama sekali semasa berada di dalam tandas seperti mangkuk tandas, paip dan singki.
  • murid-murid juga dilarang menconteng dinding tandas.
  • selain itu, beliau memohon kerjasama murid supaya tidak merosakkan kepala paip di tempat mengambil wuduk.
  • Puan Azizah memaklumkan dan mengingatkan kepada semua murid tentang Program "Larian Amal Cergas Tanpa DARVIH" yang akan diadakan pada 07 Ogos 2016 (Ahad) nanti. Beliau menjemput semua murid, ibu bapa dan penduduk sekitar Taman Putra Perdana untuk bersama-sama hadir memberi sokongan dan memeriahkan program ini. Banyak acara diadakan seperti pameran, gerai jualan, cabutan bertuah dan permainan.
Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

Ucapan PK Pentadbiran
Bacaan doa dan ikrar murid
Penyampaian hadiah untuk aktiviti pengakap - Masterchef Junior
Guru bertugas minggu Ke-28
Persembahan Choral Speaking

No comments:

Post a Comment