Monday, October 9, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-37 (Sesi Petang)

Tarikh :  9 Oktober 2017
Hari    :  Isnin
Masa   : 1.20 - 1.50 petang
Tempat:  Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Puan Nur Azlin Binti Mat Nor


Guru bertugas

1. En Rusmami Bin Rusli
2. Pn Nur Azizati Binti Ahmad
3. Pn Nur Malisha Binti Omar
4. Pn Nur Azlin Binti Mat Nor
5. Pn Nora Binti Sabihi
6. Pn Nik Rosmaliza Binti Nik Hussain


Laporan

- Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku yang dipimpim oleh Pn Salmi Binti Amir.

- Bacaan Doa, Bacaan, Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Murid

Laporan guru bertugas Minggu ke-36


Guru bertugas minggu ke-36
(Pn Suriana Binti Nayan)

- Sikap ejek-mengejek antara murid-murid. Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dan berlaku pergaduhan. Sikap ini perlu dibuang oleh setiap murid.

Tema

Budaya menghormati orang lain.

- Menghormati orang lain termasuklah menghormati ibu bapa, guru, orang yang lebih tua dan kawan- kawan. Guru bertugas menyentuh tentang sikap menghormati dalam kalangan murid kepada guru. Sebagai contoh; semasa berjumpa dengan guru bagaimana murid menunjukkan rasa hormat kepada guru seperti memberi salam.

Perkataan Lawad

Bahasa Melayu - Mengasah

Bahasa Inggeris - Bakery

Bahasa Arab - Hubzum


Ucapan PK Petang


PK Petang (Pn Jumilah Bt Ahmad)

- PK Petang menyentuh tentang kehadiran lewat murid sesi petang. Murid petang sepatutnya berada di Dewan Perdana pada pukul 1.10 petang.

- Seterusnya, peringatan tentang penggunaan pintu pagar A. Murid- murid dilarang menggunakan pintu pagar A sewaktu datang ke sekolah. Murid hendaklah menggunakan pintu pagar B sahaja. Ini kerana pintu pagar A boleh mengundang bahaya kerana kereta guru keluar-masuk.

- Murid juga dikehendaki menggunakan Pas Keluar apabila keluar kelas. Masih lagi terdapat murid yang keluar tanpa memakai pas keluar.

- Akhir sekali, berlari semasa rehat dan turun daripada tangga boleh mengundang bahaya sekiranya murid terjatuh.

Taklimat Hari Kanak-kanak


Taklimat Hari Kanak-kanak
(Pn Malisha Bt Omar)

- Penyelaras program memberi penerangan mengenai Hari Kanak-Kanak kepada murid-murid. Ini termasuklah penerangan tentang atur cara majlis untuk sesi petang.

Disediakan oleh,
Rusmami Bin Rusli

No comments:

Post a Comment