Friday, October 6, 2017

Lawatan Penanda Arasan SK Oran, Mata Ayer, Perlis

Hari ini warga sekolah sangat bertuah kerana telah menerima lawatan penanda arasan daripada Guru Besar, pentadbir-pentadbir serta guru-guru dari  Sekolah Kebangsaan Oran, Mata Ayer, Perlis. Mereka sampai di sekolah pada pukul 8:30 pagi dan bertolak balik pada pukul 12:15 tengah hari.

Kehadiran para tetamu ini disambut meriah oleh gabungan pasukan Unit Beruniform diikuti oleh persembahan tarian kuda kepang dan paluan kompang serta satu persembahan khas. Setelah selesai sesi fotografi di dewan, para tetamu dibawa ke bilik mesyuarat untuk menyaksikan persembahan multimedia PPDa.  Jamuan juga telah diadakan di sana. Kemudian, semua guru membuat kunjungan lawatan ke Ujana Ilmu dan Bilik Sumber PPDa.

Terima kasih juga diucapkan buat pegawai-pegawai PPD Sepang yang turut hadir meraikan para tetamu iaitu Pn. Nor Jehan (Unit Bahasa Inggeris), Pn. Zaleha (Fasilinus) dan Cik Rohaya (Unit HEM)

Semoga lawatan ini mampu membuahkan hasil buat warga SK Oran dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengurusan dan pengajaran terutama berkaitan dengan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS / Ujana Ilmu). Semoga berjumpa lagi pada masa depan.










No comments:

Post a Comment