Friday, October 13, 2017

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 Sesi Petang

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 SK Taman Putra Perdana bagi sesi petang telah diadakan pada 13 Oktober 2017 (Jumaat) jam 4.40 hingga 6.10 petang bertempat di Dataran Perhimpunan. Program ini adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.

Objektif :
  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan warga sekolah yang cergas dan aktif.
  2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
  3. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan warga sekolah.

Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 

"Majulah Sukan untuk Negara".

"Buku Program"

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru baharu selaku instruktor untuk acara senamrobik yang begitu komited dan telah berjaya menyediakan sesi senamrobik yang sangat menarik. Syabas diucapkan kepada mereka yang terdiri daripada: 
  1. Encik Muhammad Afiq bin Azli
  2. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
  3. Encik Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  4. Encik Ahmad Zubair bin Muhamad Taib
  5. Encik Hariz Safwan bin Yaccob
  6. Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
  7. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauz
  8. Encik Nor Amirulfitri bin Othman
  9. Puan Nur Murni binti Abdullah
  10. Cik Syahirah binti Tumar
  11. Cik Mawaddah binti Kamarulzaman
  12. Cik Amalina binti Abd Hamid
  13. Cik Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab
  14. Cik Nur Affiqah binti Ahmad Subian
"Guru-guru baharu selaku instruktor."

"Gerakan senamrobik yang sangat menarik."

"Kerjasama yang mantap."


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), barisan penolong kanan, guru-guru, murid-murid dan semua warga sekolah yang bekerjasama bagi menjayakan program ini;


Berikut paparan gambar sepanjang program berlangsung:

"Sebelum acara bermula."

"Sir Tirmizie mengetuai senamrobik yang pertama"

"Keseronokan jelas terpancar pada wajah guru-guru."

"Hebat dan bertenaga!"

"Cikgu Affandi dan Ustaz Muhamad Saiffol bersama Encik Shahrizal, PK Kokurikulum turut teruja bersenamrobik"

"Orang-orang kuat PA system - Cikgu Wan Roswandy, Sir Saifullah dan Cikgu Rusmami. Tanpa mereka tiadalah lagu-lagu yang menggegarkan Hari Sukan Negara sesi petang."

"Wajah-wajah ceria murid-murid sesi petang."


"Guru-guru dan murid-murid bersenamrobik."



"Seronok dan meriah"

"Wow!"

"Alhamdulillah, Hari Sukan Negara sesi petang berjalan lancar,
It was really fun event! Jumpa lagi pada tahun hadapan."

No comments:

Post a Comment