Friday, July 10, 2020

Peringatan Mesra

Sedikit info untuk anak-anak murid yang akan kembali ke sekolah pada 15 dan 22 Julai 2020 ini.

๐Ÿ„ Hanya anak-anak yang sihat sahaja dibenarkan hadir. Yang tidak sihat sila dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu.

๐Ÿ„ Jika ada ibubapa yang masih belum mahu membenarkan anak-anak hadir, sila serahkan surat makluman kepada pihak sekolah.

๐Ÿ„ Anak-anak digalakkan memakai pelitup muka (face mask) terutama yang ada alahan atau asthma. Face shield tidak dibenarkan demi keselamatan.

๐Ÿ„ Bacaan suhu badan akan diambil di pintu pagar sekolah. Jika bacaan melebihi 37.5°C, anak-anak diminta balik untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

๐Ÿ„ Sediakan alat tulis yang secukupnya, jangan berkongsi peralatan tersebut dengan rakan-rakan yang lain.


๐Ÿ• Makanan & minuman๐Ÿฅค

๐Ÿ„Digalakkan membawa makanan dan minuman sendiri. Tidak dibenarkan berkongsi makanan atau minuman dengan rakan-rakan. 
  
๐Ÿ„Makanan di kantin akan dijual secara berbungkus.  

๐Ÿ„Makanan disediakan mengikut menu yang telah ditetapkan.

๐Ÿ„Murid akan membeli secara 'pandu lalu' mengikut kelas dan makan di dalam bilik darjah.

๐Ÿ„ Ibubapa dinasihatkan membekalkan air minuman kepada anak-anak.

๐Ÿ„ Sila bawa sudu dan garfu (plastik) sendiri.

๐Ÿ“Œ Keadaan ini akan berubah mengikut SOP yg diumumkan dari semasa ke semasa ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“ฃBuat masa ini waktu persekolahan dan jadual adalah sama seperti sebelum PKP.

 ๐Ÿ“ฃMaklumat terkini akan diberi dari semasa ke semasa. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Sekian, terima kasih. 

Guru Besar
SKTPP

No comments:

Post a Comment